Wednesday 19 December 2012

Moving out...

As Salam...

Alhamdulillah... 

Wednesday 31 October 2012

Wordless Wednesday #8

As Salam...

 Sessi memotong rambut berjemaah :p






Friday 26 October 2012

Salam EidulAdha

As Salam...

Salam EidulAdha buat semua. Bagi yang menunaikan haji, moga peroleh haji yang mabrur. Bagi yang menunaikan ibadah korban, moga dipermudahkan segala persiapan dan majlis. Juga bagi semua yang meraikan EidulAdha, moga diberkati segala amalan. Amin.

Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham

Wednesday 17 October 2012

Wordless Wednesday #7

As Salam...
  
 Yummeh! 

Friday 5 October 2012

Mengapa Anak-anak Sekarang Lebih Agresif?

As Salam...

Artikel di bawah ini Eey copy dari blog One Simple Mother yang diambil dari fanpage Prof. Dr. Rozieta Shaary buat panduan Eey juga perkongsian bersama.

MENGAPA ANAK-ANAK SEKARANG LEBIH AGRESIF? Atau sebenarnya mereka itu LEBIH EKSPRESIF!

Salam Semua,

Alhamdulillah, pagi ini Ibu mempunyai sedikit masa. Ibu sedang di dalam kereta ke Kedah untuk mengendalikan Kursus di sana. Hubby memandu, maka ibu bolehlah menulis kepada sayang semua.
Maaf kerana lama menunggu mengenai jawapan kepada isu anak-anak kecil yang suka menjerit-jerit, mengigit-gigit dan memukul diri sendiri atau orang lain.
Sekarang mari kita mulakan perkongsian. Sebenarnya, pada usia 1 tahun hingga 3 tahun dan mungkin membawa ke 4, 5, 6 tahun adalah usia dimana anak-anak mula mengekpresikan diri mereka. Mereka mahu memberitahu apa yang mereka rasa dan mahu. Namun, oleh kerana mereka tidak pandai bertutur lagi ( bagi yang 1-2 tahun) maka mereka melakukannya melalui pergerakan dan aksi. Sebelum ini mereka melakukan melalui tangisan sahaja. Oleh itu ibu bapa perlu memerhatikan apakah maksud pergerakan mereka itu.

Beberapa perkara yang perlu kita fahami;
1)   Jika ada anak 1 hingga 2 tahun yang kelihatan mahu memukul anak lain, jangan cepat bersangka buruk kepadanya. Selalunya dia mahu memegang dan mengusap anak kecil itu kerana melihat orang lain melakukan perkara seperti itu. Namun, pada usia sebegini mereka belum pandai mengawal kekuatan tangan mereka, maka adakalanya jadi terlebih kasar. Apa yang ibu selalu lakukan pada anak-anak kecil sebegini, ibu tolong pegang  tangan mereka dan tolong dia mengawal tangannya supaya dia boleh mengusap baby kecil itu sambil mengatakan; ‘gently, gently…’ atau ‘ perlahan-perlahan…’ Jika anda cepat marah dengannya, maka dia akan hilang keyakinan dirinya dan membentuk kepercayaan diri yang negatif di dalamnya. Contohnya “ Saya ini tidak berguna”.

2)   Setiap generasi mempunyai karacter yang berbeza. Contohnya generasi X, Y, Z dan mellinia berbeza dari segi trait dan karakter mereka. Kebanyakan Gen Mellinia ini lebih ekspresi. Selalu dikatakan degil, keras kepala dan suka menunjuk perasaan, memberontak dan lebih berani mengeluarkan pendapat mereka. Mengapa mereka begitu memang ada dan banyak sebabnya. Namun, ibu tidak mahu membincangkan di sini kerana ibu telah menulis mengenai ini sebelum ini. Sila lihat blog ibu sebelum ini.

3)   Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan cara terbaik menangani anak-anak Gen Mil ini. Ramai yang masih menggunakan skil parenting semalam untuk menangani Gen Mil ini. Contohnya, menyuruh anak-anak dengar dan patuh tanpa penjelasan yang memuaskan. Terlalu lembut sehingga semuanya dibiarkan. Terlalu keras dan tidak ada ruang berbincang, Terlalu suka melarang dan ditakut-takutkan. Maka, anak-anak ini menjadi lagi hampa dan memberontak.  Dan Gen Mil ini lagi cepat dan kuat berasa hampa kerana memang trait mereka ini adalah sangat ekspresi. Sebenarnya mereka bukan degil, tapi kuat keinginan dan mahu cara mereka. Oleh itu bila kehendak mereka ditangani DENGAN TIDAK BIJAK DAN BERHEMAH, ini yang menyebabkan mereka memberontak. Dan sekiranya ini terus-menerus berlaku, anak ini akan membesar dengan semangatnya patah atau menjadi agresif yang tidak menentu. Itulah yang menyebabkan keadaan bertambah kritikal. Jika tidak diperbaiki, anak-anak ini akan membesar menjadi remaja yang payah dibentuk.

Langkah Mengatasi Perkara ini.
Hari ini ibu kongsikan beberapa dahulu;
1)   Bawa anak-anak bermain dengan aktif, seperti di padang mainan indoor atau outdoor. Lebih baik outdoor. Bila mereka bermain, mereka dapat mengekpresi diri mereka. Mereka boleh menjerit-jerit, melompat, berpeluh dsb. Ini membolehkan tenaga negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat. Cucu sulung ibu, baru-baru ini tiba-tiba suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan perkara ini. Bila kami kai balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak dibawa bermain di padang. Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang sekurang-kurangnya3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.

2)    Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TV. Bila anak-anak bermain video games, mereka akan mengalami adrenalin rush. Dan bila mereka tidak beri bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka. Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu. Oleh itu pilih games yang baik dan try games itu dahulu sebelum diberi kepada anak-anak kecil anda. Jika anda sendiri rasa tak menentu selepas bermain games itu, apatah lagi anak-anak kecil itu.

3)   Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak. Nampak, maksudnya kita sendiri yang memasukkan gula itu. Tak nampak contohnya minuman soda, fast food dan sebagainya. Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang. Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging.

4)   Elakkan menjerit-jerit dan terlalu kerap memarah. Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu. Contohnya sesuatu yang merbahya baginya, seprti bermain di tengah jalan dsb. Bila terlalu suka memarahi, marah kita itu sudah tidak ada maknanya. Malah ia menjadi cara hidup yang anak-anak kecil itu akan ikut. Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu. Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah. Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah dan berleter. Kawal – jika nak marah sangat, jika berdiri, duduk, istigfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit smabil memekup muka ke bantal … atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.

Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.

Rasanya cukup dulu untuk kali ini. Jika panjang sangat nanti penat pula nak membacanya. Nanti ibu akan sambung dari masa ke semasa.

Marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang genius dan berhati mulia.

Salam Kasih dari Ibu.

Satu artikel yang amat menarik bagi panduan Eey dalam manjaga dan mendidik my two lil Hero yang saban hari agak mencabar dengan pelbagai karektor dan tingkah laku. Moga ianya juga bermanfaat bagi Ibu-ibu lain di luar sana. Amin.

Friday 28 September 2012

Sayonara Nagata san...

As Salam...

Semalam genaplah sebulan Eey bertukar Bos. Bos terdahulu, Mr Nagata telahpun selamat pulang ke Nihon 27-Aug yang lepas setelah 5 tahun 8 bulan berada di bumi Malaysia ini.

Antara Bos yang paling lama bersama Eey di office sepanjang Eey bekerja di sini. Hmmm... Dari Eey belum kawin sampai dah ada anak dua dialah Bos di office.

Sempena pemergian beliau, kami tak sempat mengadakan Farewell Dinner/ Lunch yang proper disebabkan kesuntukan masa waktu itu (yakni selepas cuti hari raya). Apapun, sedikit jamuan ringan diadakan juga demi menghargai khidmat Nagata san sepanjang bersama kami di sini.  Arigato gozaimasu Boss!

Sekitar jamuan ringan...






Thursday 27 September 2012

Seminar Langkah Mudah Didik Anak Hafal Al-Quran

As Salam...

Pertengahan bulan tempohari Eey & En F menghadiri satu seminar yang diadakan di Dewan Auditorium PPAS, anjuran Islamic Parenting Network. Seminar adalah berkisar tentang Langkah Mudah Didik Anak Hafaz Al Quran.


Sememangnya seminar ini agak menarik pengolahan dan pengisiannya. Bagi Eey, ianya amat baik untuk pendedahan awal bagi ibu bapa yang mahukan anak-anak mengenal dan menghafaz Al Quran seawal usia mereka.

Auditorium PPAS

Sesungguhnya Eey & En F amat kagum dengan anak-anak yang boleh menghafaz Al Quran seawal usia mereka. Di Seminar ini kami dipertontonkan dengan anak-anak seawal usia 3 tahun yang boleh menghafaz surah-surah yang begitu panjang, (yang mana Eey sendiri pun tidak terhafaz), selain teknik dan cara bagaimana memulakannya.

Aktiviti jualan selepas seminar

Adalah amat berpuas hati menyertai Seminar ini, cumanya masa adalah agak terhad iaitu  sekitar 5 jam seminar sahaja. Apapun, bagi ibu bapa yang berminat adalah amat-amat dialukan untuk menyertai seminar ini. (Adalah dimaklumkan ini bukanlah iklan berbayar, tetapi atas pengalaman sendiri :p)





Wednesday 5 September 2012

Wordless Wednesday #6

Salam Syawal...

My lil sunshine...


Tuesday 4 September 2012

8th GiveAway (GA) by Umiyumi

As Salam...

Agak lama betol blog ni tak ber"update". Anyway, untuk sesiapa yang membaca dan ingin mencuba GA by Umiyumi bolehlah ke SINI untuk keterangan lanjut.

Hadiahnya agak menarik, iaitu kuali tefal seperti yang diwar-warkan. Tak rugi pun jika mencuba. Ada rezeki boleh merasa pakai kuali baru nanti. >o<

 Tefal yang dijanjikan...

Close up...

Buat yang ingin mencuba, tarikh tutupnya adalah pada 25hb September 2012 tepat jam 12.00 tengah malam. Pemenang GA akan diumumkan pada keesokkan harinya, 26hb September 2012.

Selamat mencuba!

Friday 17 August 2012

Menjelang Hari Raya

As Salam...

Hari ni ramai yang tentunya sudah balik ke kampung halaman masing-masing dan ada yang pastinya sudah pun tiba lebih awal. Tapi Eey, masih lagi bekerja di hari yang mulia ini. :(

Tahun ini persiapan lebaran biasa-biasa sahaja, sama juga seperti tahun yang sebelumnya. Lagipun lebaran kali ini En F akan bekerja seperti biasa. Bezanya cuma kerja separuh hari. Jadi, Eey dan anak-anak mungkin tidak akan ke mana-mana lebaran ini walaupun akan bercuti selama seminggu (untuk menjaga anak-anak kerana ketiadaan babysitter...).

Tahun ini Ummi & Bak serta ChuChu akan pulang ke Klate selepas solat sunat EidulFitri nanti. Abang Iqi dan Kak Z pula akan menyusul pada hari raya kedua. Manakala Mama sudah selamat pulang ke kampung suaminya, Udin semalam dan berkemungkinan besar akan turun ke Klate pada hari raya nanti jika tiada aral. Huhuhuuu... Cuma Eey dan family sahaja akan menyambut lebaran di Shah Alam. Alangkah sunyinya nanti...

Semenjak berkahwin, Eey belum pernah berpeluang untuk menyambut lebaran di Klate. Cuma dua kali pulang untuk menyambut Hari Raya Korban. Itupun cuti dan masa yang dihabiskan adalah amat-amat terhad. Semoga tahun depan, Eey dan family akan berpeluang menyambut lebaran di Klate bersama-sama keluarga yang lain, Amin.

Wednesday 8 August 2012

Wordless Wednesday #5

As Salam...

Fighting.. fighting..

Tuesday 7 August 2012

Chicken Quiche

As Salam...

Ini menu sampingan masa berbuka semalam. Menu tak sampingan sudah semestinya lah nasi dan lauk pauk. Eey jarang ambil selain nasi untuk berbuka. Tapi walaupun ambil nasi semasa berbuka, ianya masih dalam kuantiti biasa sahaja. Bukanlah berlebihan.

Chicken Quiche
Sumber resepi : Eey


Bahan-bahannya

Doh
400g tepung
200g butter
7-8 sudu besar air
1/2 sudu teh garam

Penyediaan doh
1. Sediakan doh dengan mencampurkan tepung, butter dan garam. Gaul sebati.
2. Masukkan air dan adun hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
3. Tekan doh ke dalam acuan yang sesuai, tekan dasar pastri dengan garfu.
4. Bakar pada suhu 190 darjah celcius separuh masak @ sehingga pastri agak kering.

Inti
Bawang besar - dicincang
Bawang putih - dicincang
Isi ayam - dipotong nipis & memanjang
Sayuran - lobak merah/ mix vege
Garam & serbuk lada hitam
Minyak - untuk menumis

Penyediaan Inti
1. Tumis bawang hingga naik bau/ layu.
2. Masukkan isi ayam, gaul hingga masak
3. Tambahkan sayuran.
4. Perasakan dengan garam & lada hitam

Penyediaan Kastad telur
200ml susu
2 biji telur
Kacau bersama telur dan susu hingga sebati


Penyediaan Quiche
1. Letakkan inti pada pastri yang separuh masak tadi
2. Tambahkan kastad telur pada adunan tersebut
3. Akhir sekali taburkan cheese pada permukaan adunan
4. Bakar pada suhu 190 darjah celcius sehingga masak @ permukaan pastri kekuningan.

Thursday 26 July 2012

Ayish walking @ Shah Alam Mall

As Salam...

Alhamdulillah, hari ini sudah hari keenam kita berpuasa. Semalam Eey dan En F dua-dua berbuka di luar. Kami ke Shah Alam Mall untuk settlekan bil-bil yang perlu. Sebelum ke sana, kami berbuka dahulu di Domino's Pizza, Seksyen 9.

Aiq mahupun Ayish dua-dua gembira kerana dapat berjalan-jalan di sana. Eey sempat merakamkan gambar Ayish pertama kali berjalan di mall. Sebelum ini, jika ke mana-mana mall Eey lebih senang meletakkan Ayish di dalam stroller.


Oleh kerana tidak ramai orang di Shah Alam Mall dan kami hanya singgah sekejap sahaja untuk membayar bil, maka kami tidak letakkan Ayish di stroller seperti biasa. Seronok sungguh Ayish dapat berjalan-jalan di Shah Alam Mall semalam. Mulanya Ayish agak takut juga nak berjalan sendirian, sebab lantai mall biasanya berkilau & berkilat. Agaknya, dia confuse. Tapi bila Ayish tengok abangnya, Aiq berlari ke sana sini baru dia confident nak berjalan.

Macam-macam kan gelagat anak-anak yang akan kita ingat. Lebih-lebih lagi jika ianya pertama kali mereka lakukan.

Tuesday 24 July 2012

Iftar di awal Ramadhan 1433H

As Salam...

Alhamdulillah... Hari ini dah masuk hari keempat umat Islam berpuasa. Semoga kita dipermudahkan dalam melalui Ramadhan pada kali ini.

Hari pertama Ramadhan tempohari, Mama mempelawa Eey dan keluarga berbuka di rumahnya. Kebetulan pula Ummi dan Bak menyambut awal Ramadhan di Kelantan. Manakala ChuChu menumpang di rumah Mama semasa ketiadaan Ummi dan Bak. Jadi, kami adik beradik berpakat untuk berbuka bersama. Mama sediakan nasi ayam buat juadah berbuka. Gambar di hari pertama berpuasa tak sempat Eey abadikan sebab first time gotong royong, keadaan agak kelam kabut. Hahaa...

Hari kedua berpuasa pula, En F bekerja. Cuma Eey dan anak-anak di rumah. Cadangnya, selepas En F balik dari kerja kami nak ke Sunway untuk mencari barangan anak-anak. Tetapi tidak kesampaian kerana En F kepenatan. Jadi, kami hanya menghabiskan masa di rumah seharian. Menu berbuka pula Eey sediakan lamb chop, coslow, chips dan nugget sahaja. Kebetulan barangan untuk juadah tersebut ada di dapur. Gambar seperti biasa tidak sempat dirakamkan :)

Lamb chop in the making...

Manakala semalam, hari pertama bekerja di bulan Ramadhan kali ini. Setiap kali Ramadhan pasti kesesakkan lalulintas adalah di luar kebiasaan. Selepas mengambil anak-anak, kami ke bazar ramadhan di seksyen 20. Tak banyak juga hasil tangkapan di sini, hanya akok dan cendol sahaja. Lain-lain juadah belum cukup menggoda agaknya, hahaaa...

Eey sampai di rumah agak lewat, cuma setengah jam sebelum waktu berbuka. Hmmm... berperanglah di dapur jawabnya. Semalam Eey cuma sempat sediakan asam pedas ikan merah untuk juadah berbuka. Itupun agak terlewat sedikit masaknya. Kami cuma berbuka dengan kurma dan cendol dahulu sementara menantikan asam pedas masak.

Asam pedas ikan merah

Apapun, bersyukur sangat-sangat kerana diberikan kesempatan menikmati Ramadhan kali ini bersama keluarga kecil Eey. Walaupun masih belum berkesempatan berbuka puasa bersama semua adik beradik dan keluarga yang lain.

Friday 20 July 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

As Salam...

Alhamdulillah kerana Eey dan keluarga diberikan kesempatan untuk sekali lagi melalui bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam, Ramadhan Al-Mubarak 1433 Hijrah.

Di kesempatan ini, Eey juga keluarga memohon ampun & maaf di atas segala salah dan silap. Semoga kita sama-sama dapat menyambut bulan yang berkah ini dengan penuh kesyukuran serta dapat meningkatkan segala amalan. Amin. 

Tuesday 17 July 2012

Dinner @ Tony Roma's Cineleisure Damansara

As Salam...

Hari minggu yang lepas, Eey paksa ajak En F ke Ikea. Masih lagi ingin mencari-cari kelengkapan dapur idaman. Begitulah hajat di hati. En F yang kurang sihat terpaksalah mengikutkan hasrat isteri tersayang ini, hahaaa... Lagipun, En F mengidam teringin untuk menikmati makan malam di Tony Roma's katanya.

Kami ke Ikea dah lewat petang, tetapi umat manusia masih ramai. Kebiasaannya hujung minggu begini jalan ke pusat membeli belah memang padat. Alhamdulillah, dapat juga kami tempat parkir yang berdekatan dengan entrance. Jadi tidak perlu berjalan jauh (huhuhuuu... amat sayang sekali daku pada lemak2 terkumpul ini).

Sampai di Ikea, kami ke pameran untuk bahagian dapur. Owh! Ikea cuma ada dua jenama sahaja untuk dapur pilihan, Fagor dan Whirlpool. Juga design yang ditawarkan adalah agak terhad. Hmmm... Nampaknya tidak tercapai juga hasrat dihati untuk memiliki dapur idaman. Mungkin rezeki di tempat lain, agaknya.

Memilih dapur untuk Ibu...

Selesai sessi meronda di Ikea, kami ke Cineleisure untuk makan malam di tempat pilihan En F. Ini pertama kali kami makan di Tony Roma's. Sebelum ini pernah bercadang untuk ke sini, tetapi senantiasa ada sahaja halangannya.
 

Menu untuk Aiq & Ayish

Untuk anak-anak Eey cuma pesan satu set Kid's Meal sahaja. Cukuplah untuk Aiq & Ayish kongsikan bersama. Chicken fillet menjadi pilihan Eey sebab Aiq memang sukakan nugget @ ayam bersama fries. Ayish pula tidak memilih dalam hal-hal yang berkaitan dengan makanan. Apa yang ada, semua pun Ayish makan.

 Pilihan En F

Manakala untuk En F dan Eey, kami memilih beef ribs untuk makan malam. Cumanya hidangan yang berbeza, disamping dua side dish. Pertama kali juga kami makan beef ribs ini. Jika sebelum ini, kami hanya makan steak, salmon atau pasta jika ke restoran makanan barat. Minuman pula, Ice lemon tea untuk Eey dan anak-anak dan air berkarbonat  untuk En F.

Hidangan untuk Eey

Alhamdulillah, kenyang :)

Tercapai juga hasrat untuk makan di sini. Cuma untuk tekak kami, kami lebih sukakan makanan di TGIF berbanding Tony Roma's ini. Lain orang, lain pandangannya barangkali. Apapun, kami selamat sampai di rumah setelah menghabiskan masa di Ikea dan Cineleisure bersama.

Friday 13 July 2012

Renungan Jumaat

Salam Jumaat,

Buat panduan diri juga teman-teman. 

Wednesday 11 July 2012

Wordless Wednesday # 4

As Salam...

Anyone...???
 

Monday 9 July 2012

Baju raksasa... Oh!

As Salam...

Hari Sabtu yang lepas, my boys ikut Mama nyer ke Sunway Lagoon sempena Hari Keluarga TM. Dari awal minggu lagi Mama dah booking untuk bawa Aiq & Ayish. Siap pesan suruh packing barang awal-awal.

Tapi, Eey punya laa malas, hahahaaa... Setakat nak pegi Sunway Lagoon. Hurmmm, apa laa sangat, kan. (Dengki laa ni coz kena kerja). Takkan laa Eey nak packing barang-barang seminggu awal.

Sabtu pagi, Eey hantar Aiq & Ayish rumah Mama sebelum pergi kerja. Aiq happy je, sebab tau Mama nak bawa ke Sunway Lagoon. Cuma Ayish jer yang bad mood, sebab demam. Nangis-nangis Ayish sebab kena tinggalkan dengan Mama. Selalunya tak macam tu. Mungkin sebab demam, ragamnya lain sikit. Asik nak berkepit dengan Ibu jer, huhuhuuu... Cian Ayish.

Sampai jer kat office, Mama kol.

Mama : Ibu, Aiq nangis-nangis ni.
Ibu : Kenapa? Tadi kan ok jer.
Mama : Dia mintak baju raksasa. Baju apa tu? Mana satu baju raksasa?
Ibu : Owh! Ibu tak jumpa baju raksasa dia. Sebab tu tak bawa tadi.
Mama : Baju apa tu?
Ibu : Hahahaaa... Baju raksasa tu pelampung laa Mama. Pelampung kuning dia tu, dia panggil baju raksasa.
Mama : Kenapa dia panggil pelampung tu baju raksasa? (wondering...)
Ibu : Sebab dia rasa macam raksasa kot kalau pakai pelampung tu. Hahahaaaa...
Mama : Oooo... Tu laa, kan Mama dah pesan suh Ibu packing awal2. Nangis2 Aiq nak baju raksasa. Mama ingat baju gambar raksasa tadi.
Ibu : Heheheee... Mama belikan jer nanti kat sana, ya!

Moral of the story : Anak-anak akan namakan apa jua barangan dia mengikut imaginasi mereka. So, we must alert. Otherwise, we'll lost. Hurmmm... tu laaa, tak mo packing awal2, kan dah tertinggal barang.

Aiq & baju raksasa nyer...

Saturday 7 July 2012

Tefal Warehouse Sales

As Salam...

Hurm... Hari Sabtu yang malas :p

Hari ni Eey & En F bekerja. Anak-anak dibawa Mama (Adik Eey, Aida) ke Sunway Lagoon, sempena Family Day TM.

Pagi tadi, Ayish masih lagi demam. Huhuhuuu... Agak panas, tapi tak sempat nak ambil bacaan suhu sebab Ayish sudah terjaga dan meragam. Moga Ayish cepat baik dan boleh mandi manda di Sunway Lagoon. Juga moga Ayish tidak menyusahkan Mama nanti. Amin.

Cadangnya, hari ni selpas kerja, Eey nak mencari periuk belanga di Tefal Warehouse Sale. Periuk belanga di rumah agak besar sizenya. Ingin mendapatkan size yang lebih kecil supaya senang kerja-kerja memasak nanti.


Beberapa tahun lepas, Eey dah pernah ke sini. Harganya memang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga di pasaraya atau shopping mall. Cuma sebelum ini pilihan agak terhad dan barangan yang dihajati sudah kehabisan stok.

Sale ini berlangsung selama tiga hari dan hari ini merupakan hari terakhir sale. Moga barangan yang ditawarkan masih banyak lagi. Juga moga ketemu barangan yang dihajati. Amin.
 


Friday 6 July 2012

Ayish kurang sihat...

As Salam...

Minggu ni agak kelam kabut sikit. Banyak benda Eey nak kena settlekan. Hurmmm... Agak terkejar sana sini lebih-lebih lagi untuk settlekan hal-hal yang berkaitan dengan rumah. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan olehNya.

Anak-anak pula agak kurang sihat minggu ini. Aiq batuk-batuk, manakala Ayish pula selsema tak baik-baik lagi. Semalam, masa Eey jemput dari rumah babysitter, badan Ayish pula agak panas. Macam nak demam. Mujur Ayish tak banyak ragam.

Pagi ni, check temperature... 38.1 darjah. Owh! Agak panas juga. Nasib ada spare ubat demam di rumah. Kalau tidak, terpaksalah Eey ambil cuti @ MC. Tidur jer Ayish masa bawa ke rumah babysitter pagi ni. Mungkin badan tak selesa agaknya.

Mr F cakap, Ayish demam sebab nak boleh jalan. Tapi Eey rasa sebab gigi geraham dia nak tumbuh. Tapi tak kisahlah apa pun sebab dia. Moga Ayish cepat sembuh, Amin. Besok boleh ikut MamaCik berjimba-jimba di Sunway Lagoon, kalau Ayish dah ok. Heheheee...

Moga Ayish cepat sembuh, Amin. 

Saturday 30 June 2012

Rubine Warehouse Sale

As Salam...

Hari ini cadangnya nak menjenguk ke Rubine Warehouse Sale. Sedang mencari-cari set hob, hood dan oven. Moga dapatlah apa yang dicari dengan harga yang berpatutan. Amin.


Bagi yang ingin membeli set kelengkapan dapur tu, boleh lah sama-sama berkunjung ke sini. Eey pun tak pasti harganya murah atau mahal sebab belum pernah ke sini lagi sebelum ini. Harapnya harga yang ditawarkan adalah berpatutan.
 

Thursday 28 June 2012

BBQ : Birthday Ayish

As Salam...

Hari Sabtu yang lepas, Mummy Chu (Ain) telah sukarela menjamu kami semua makan di Kafe D'Manggis Steamboat & BBQ. Ianya sempena Bdae Ayish, juga sempena Mummy Chu baru kerja (kira gaji pertama laa tu).

Kafe D'Manggis Steamboat & BBQ ni terletak di Kuang. Selalunya penuh pada malam minggu, jadi kena buat tempahan awal. Makanannya segar, sedap juga murah. Dihidangkan secara buffet. Jadi, bolehlah "Eat All You Can". Harganya pula sangat-sangat berpatutan, RM 20 untuk dewasa & RM 10 untuk kanak-kanak.

Antara pilihan makanan yang ada

Semua adik-beradik Eey (Abang Iqi+Kak Z, Mama+Udin, juga Ain) sama-sama meramaikan majlis malam itu di samping Ummi & Bak. Cik Nor & En Wan juga Naufal pun ada sama. Cuma En F sahaja tidak dapat bersama-sama kami malam itu kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah, masing-masing kekenyangan dan gembira dapat berkumpul dan makan bersama.

Steamboat & BBQ : 2 in 1

Anak-anak Eey, Ayish dan Aiq juga seronok dapat makan dan main di sana. Ayish terutamanya sangat-sangat teruja dengan makanan. Semua pun dia makan, pantang disuap. Huhuhuhuuu... kekenyangan anak Ibu, ya.

Memandangkan ianya berkonsepkan buffet, maka penuhlah meja-meja kami dengan segala lauk pauk untuk dibakar (BBQ) dan di buat sup (steamboat). Sup yang disediakan adalah jenis tomyam. Antara pilihan makanan yang ada adalah seafood (udang/ sotong/ ikan), froozen food (semua jenis seafoodball), sayuran, nasi goreng, mee (kering & basah), kuey teow, air, aiskrim, jajan dan.... apa lagi ya? Dah lupa pula...
 
Anak-anak

 
Eey amat suka dengan daging black papernya, berbanding seafood. Dagingnya cukup rasa dan lembut. Aiq pula suka makan aiskrim. Dua tiga kali ulang makan aiskrim sahaja. Manakala Ayish, semua pun dia makan asalkan disuap, heheheee...

Alhamdulillah, semua pun enjoy dengan outing kali ini. Terima kasih buat ChuChu (pangilan anak-anak Eey buat Mummy Chu) kerana sudi mengeluarkan belanja. Juga terima kasih untuk hadiah Aiq & Ayish. Moga murah rezeki dan boleh belanja lagi, hahahaaa...