Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Wednesday, 10 July 2013

Dugaan 1 Ramadhan

As Salam...

Alhamdulillah, hari ini semua ummat Islam di Malaysia mula menunaikan ibadah puasa termasuklah Eey sekeluarga.

Seawal jam 4.30 pagi Eey sudah bangun menyediakan apa yang perlu untuk bersahur. Sahur yang amat simple, hanya panaskan lebihan makan malam semalam.

Usai jam 6.45 pagi, Mama menghantar pesanan memberitahu jalan keluar dari taman perumahan kami  agak sesak. Nasib baik Eey sudah siap untuk bertolak ketika itu.

Sepanjang menetap di sini belum pernah lagi Eey terperangkap dalam kesesakan yang agak teruk. Hari ini, dari rumah ke pejabat mengambil masa hampir 1 jam 20 minit. Yang mana pada hari-hari biasa cuma memakan masa kurang dari 45 minit. Huhuhuuuu... Betol-betol menduga di hari pertama berpuasa.

Sesak...!

Dalam fikiran hanya ingin mengambil emergency leave ajer, mujur En F yakinkan yang kami akan selamat sampai ke tempat kerja sebelum jam 8.30 pagi. Alhamdulillah, akhirnya jam 8.25 pagi Eey thumb print. Seingat-ingatnya, Eey tak pernah selewat ini thumb print sepanjang bekerja di sini. Apa pun jimat cuti Eey sehari :)





Tuesday, 9 July 2013

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan...

As Salam...

Setengah tahun sudah berlalu. Agak lama jugak Eey tidak mencoretkan kisah di blog ini. Hmmm... Apa pun sempena hari baik bulan baik ini, bertambahlah amalan kebaikan kita juga moga kita diberkati dalam apa jua yang kita lakukan. Ampun & Maaf buat semua.

Tuesday, 24 July 2012

Iftar di awal Ramadhan 1433H

As Salam...

Alhamdulillah... Hari ini dah masuk hari keempat umat Islam berpuasa. Semoga kita dipermudahkan dalam melalui Ramadhan pada kali ini.

Hari pertama Ramadhan tempohari, Mama mempelawa Eey dan keluarga berbuka di rumahnya. Kebetulan pula Ummi dan Bak menyambut awal Ramadhan di Kelantan. Manakala ChuChu menumpang di rumah Mama semasa ketiadaan Ummi dan Bak. Jadi, kami adik beradik berpakat untuk berbuka bersama. Mama sediakan nasi ayam buat juadah berbuka. Gambar di hari pertama berpuasa tak sempat Eey abadikan sebab first time gotong royong, keadaan agak kelam kabut. Hahaa...

Hari kedua berpuasa pula, En F bekerja. Cuma Eey dan anak-anak di rumah. Cadangnya, selepas En F balik dari kerja kami nak ke Sunway untuk mencari barangan anak-anak. Tetapi tidak kesampaian kerana En F kepenatan. Jadi, kami hanya menghabiskan masa di rumah seharian. Menu berbuka pula Eey sediakan lamb chop, coslow, chips dan nugget sahaja. Kebetulan barangan untuk juadah tersebut ada di dapur. Gambar seperti biasa tidak sempat dirakamkan :)

Lamb chop in the making...

Manakala semalam, hari pertama bekerja di bulan Ramadhan kali ini. Setiap kali Ramadhan pasti kesesakkan lalulintas adalah di luar kebiasaan. Selepas mengambil anak-anak, kami ke bazar ramadhan di seksyen 20. Tak banyak juga hasil tangkapan di sini, hanya akok dan cendol sahaja. Lain-lain juadah belum cukup menggoda agaknya, hahaaa...

Eey sampai di rumah agak lewat, cuma setengah jam sebelum waktu berbuka. Hmmm... berperanglah di dapur jawabnya. Semalam Eey cuma sempat sediakan asam pedas ikan merah untuk juadah berbuka. Itupun agak terlewat sedikit masaknya. Kami cuma berbuka dengan kurma dan cendol dahulu sementara menantikan asam pedas masak.

Asam pedas ikan merah

Apapun, bersyukur sangat-sangat kerana diberikan kesempatan menikmati Ramadhan kali ini bersama keluarga kecil Eey. Walaupun masih belum berkesempatan berbuka puasa bersama semua adik beradik dan keluarga yang lain.

Friday, 20 July 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

As Salam...

Alhamdulillah kerana Eey dan keluarga diberikan kesempatan untuk sekali lagi melalui bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam, Ramadhan Al-Mubarak 1433 Hijrah.

Di kesempatan ini, Eey juga keluarga memohon ampun & maaf di atas segala salah dan silap. Semoga kita sama-sama dapat menyambut bulan yang berkah ini dengan penuh kesyukuran serta dapat meningkatkan segala amalan. Amin.