Showing posts with label Rumahku. Show all posts
Showing posts with label Rumahku. Show all posts

Wednesday, 19 December 2012

Moving out...

As Salam...

Alhamdulillah... 

Saturday, 12 May 2012

House Hunting - Part 3

As Salam...

Dah lama rasanya tak update pasal pencarian rumah ni. Hmmm... pencarian rumah Eey ini sudah berakhir, akhirnya. Eey dan En F telah berjaya memilih rumah yang masing-masing setuju dan mampu.

Besar atau kecil tidak menjadi masalah buat kami. Keluarga pun tak besar, cuma kami berempat sahaja yang akan mendiami rumah tersebut. Asalkan selesa juga mampu untuk membayarnya dan yang paling penting ianya milik kami. Alhamdulillah, tidak perlu membayar untuk orang lain lagi selepas ini.

Selepas memerima email gambar rumah tempohari, Eey dan En F masing-masing bersetuju untuk membeli rumah tersebut. Temujanji dibuat untuk membayar 3% pendahuluan dari harga keseluruhan rumah tersebut kepada agen berkenaan. Baki 7% lagi Eey keluarkan dari KWSP. Dan perjalanan memiliki rumah pun bermula...

Pertamanya, pencarian pinjaman perumahan perlu dibuat. Setelah meninjau beberapa bank, Eey dapati hanya dua bank (Alliance Islamic Bank dan Public Bank) memberi tawaran yang menarik iaitu BLR -2.2% untuk pinjaman kurang RM 200,000 dan tempoh pinjaman adalah sehingga umur 70 tahun. Lain bank, lain tawarannya. Oleh itu, kepada mana-mana pembeli rumah (terutama untuk pembelian rumah sub sale) adalah perlu untuk meninjau dan mencari tawaran yang paling baik untuk pinjaman perumahan anda. Kerana pinjaman perumahan adalah untuk jangkamasa panjang, bukannya setahun dua.

Antara dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman adalah 3 bulan slip gaji, 3 bulan penyata bank, penyata KWSP, salinan kad pengenalan pemohon dan borang EA. Proses permohonan adalah dalam 2 hingga 3 minggu. Setelah permohonan Eey berjaya, langkah seterusnya adalah menandatangani Perjanjian Jual Beli (S&P). Untuk ini, Eey gunakan khidmat peguam yang dicadangkan oleh agen jualan rumah. Bayaran guaman adalah berdasarkan harga rumah yang dibeli. Untuk ini, Eey membayar RM 1,000 pendahuluan dan selebihnya adalah dari pengeluaran KWSP.

Sekarang, semuanya masih dalam proses menunggu salinan S&P yang telah ditandatangi oleh tuan rumah untuk ke langkah yang berikutnya, iaitu pengeluaran KWSP. Menurut peguam, salinan S&P ini Eey akan terima dalam jangkamasa 1 minggu. Setelah selesai dengan S&P, proses seterusnya akan mengambil masa sehingga 90 hari untuk selesai dan mendapat kunci rumah. Semoga segala urusan seterusnya ini dipermudahkan. Amin.










Friday, 30 March 2012

House Hunting - Part 2

As Salam...

Hmmm... Mula-mula lagi dah mengeluh, haha! Tak elok tu. Kata orang-orang tua, belum pun mula buat sesuatu dah mengeluh tu tak elok. Tapi, apakan daya, haha!

Temujanji telah pun dibuat sekali lagi untuk tengok rumah. Walaupun ada sedikit perubahan pada mulanya. Namun, apakan daya lagi... Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan segalanya. Panjang pula intro, inti patinya belum juga mula...

Sepatutnya Eey dan keluarga memenuhi temujanji untuk melihat rumah yang seterusnya pada malam 14-Mac lalu. Tetapi, masa kami dalam perjalanan ke sana Aiq tiba-tiba muntah dalam kereta. Maka dengan itu terpaksalah temujanji tersebut dibatalkan di saat-saat akhir. Anak/ keluarga perlu diutamakan, walau apa jua keadaan. Betul tak? "Hmm... Anak Ibu, Aiq tak sihat, ya Sayang..."

Jadi malam tersebut terlepaslah peluang kami untuk melihat sebuah lagi "calon" rumah yang bakal dibeli. Tak pe, mungkin bukan rezeki kami, waktu itu. Namun, Eey ada maklumkan pada agen yang berkenaan supaya mengambil gambar rumah yang dimaksudkan dan emailkan supaya dapat juga Eey lihat, walaupun bukan secara langsung, haha.

Sampai sahaja di rumah kami, En F mangarahkan Eey & Ayish supaya masuk ke rumah dahulu kerana dia ingin menguruskan Aiq serta membersihkan muntah. Setelah selesai, En F segera membawa Aiq ke klinik untuk check up. Eey dan Ayish hanya tunggu di rumah sahaja.

Alhamdulillah, tidak ada apa yang serius. Aiq cuma kurang sihat, demam dan batuk. Walaupun suhu badan Aiq tidak terlalu panas masa itu, tetapi doktor cakap Aiq deman. Mungkin panas dalam badan agaknya. "Apa pun anak Ibu kuat, kan. Cepat sembuh, ya Sayang.."

Dalam pada itu, Eey hanya menantikan email dari agen rumah bagi melihat dan menilai rumah yang dimaksudkan itu. Harap-harap rumah yang dimaksudkan itu berkeadaan baik dan yang paling penting berkenan dihati kami sekeluarga. Amin.

Wednesday, 14 March 2012

House Hunting - Part 1

As Salam...

Misi pencarian rumah kembali lagi. Serious! Hahaa..

Kali ni memang kena betul-betul serius. Cari rumah untuk dibeli. Asik menyewa jer, tak ke mana. Rugi lagi adalah.. Huhuuu... Rumah yang Eey duduk sekrang sewanya dalam RM700 sebulan. dan Eey dah tinggal sini dalam 3 tahun. Bayangkan dah berapa banyak duit yang dihabiskan untuk bayar sewa saja. RM 700 x 12 bulan x 3 tahun = RM 25,200.00. By the end, rumah tu tetap milik orang lain, bukan rumah kita.

Oleh itu, memang macam mana pun, Eey kena mulakan balik misi mencari & membeli rumah yang bersesuaian kali ini. Tidak boleh bertangguh lagi. Tahun makin tahun, harga rumah makin tinggi. Kalau makin rendah, tak pe la jugak, kan?!

Minggu-minggu yang lepas, Eey & En F dah pergi tengok beberapa rumah yang bersesuaian, tapi belum rezeki kami lagi. Ada satu rumah tu Eey & En F dah betul berkenan, tapi kami lambat inform jer. Maka, terlepas peluang. Nampaknya, kali ini kalau dah jumpa rumah yang sama-sama berkenan kenalah cepat-cepat beritahu & block pada agent rumah tersebut.

Hmmm... Malam nanti ada satu lagi appointment untuk view rumah. Harap sangat rumahnya ok dan bersesuaian dengan kami. Moga dipermudahkan segalanya. Amin.