Friday 17 August 2012

Menjelang Hari Raya

As Salam...

Hari ni ramai yang tentunya sudah balik ke kampung halaman masing-masing dan ada yang pastinya sudah pun tiba lebih awal. Tapi Eey, masih lagi bekerja di hari yang mulia ini. :(

Tahun ini persiapan lebaran biasa-biasa sahaja, sama juga seperti tahun yang sebelumnya. Lagipun lebaran kali ini En F akan bekerja seperti biasa. Bezanya cuma kerja separuh hari. Jadi, Eey dan anak-anak mungkin tidak akan ke mana-mana lebaran ini walaupun akan bercuti selama seminggu (untuk menjaga anak-anak kerana ketiadaan babysitter...).

Tahun ini Ummi & Bak serta ChuChu akan pulang ke Klate selepas solat sunat EidulFitri nanti. Abang Iqi dan Kak Z pula akan menyusul pada hari raya kedua. Manakala Mama sudah selamat pulang ke kampung suaminya, Udin semalam dan berkemungkinan besar akan turun ke Klate pada hari raya nanti jika tiada aral. Huhuhuuu... Cuma Eey dan family sahaja akan menyambut lebaran di Shah Alam. Alangkah sunyinya nanti...

Semenjak berkahwin, Eey belum pernah berpeluang untuk menyambut lebaran di Klate. Cuma dua kali pulang untuk menyambut Hari Raya Korban. Itupun cuti dan masa yang dihabiskan adalah amat-amat terhad. Semoga tahun depan, Eey dan family akan berpeluang menyambut lebaran di Klate bersama-sama keluarga yang lain, Amin.

Wednesday 8 August 2012

Wordless Wednesday #5

As Salam...

Fighting.. fighting..

Tuesday 7 August 2012

Chicken Quiche

As Salam...

Ini menu sampingan masa berbuka semalam. Menu tak sampingan sudah semestinya lah nasi dan lauk pauk. Eey jarang ambil selain nasi untuk berbuka. Tapi walaupun ambil nasi semasa berbuka, ianya masih dalam kuantiti biasa sahaja. Bukanlah berlebihan.

Chicken Quiche
Sumber resepi : Eey


Bahan-bahannya

Doh
400g tepung
200g butter
7-8 sudu besar air
1/2 sudu teh garam

Penyediaan doh
1. Sediakan doh dengan mencampurkan tepung, butter dan garam. Gaul sebati.
2. Masukkan air dan adun hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
3. Tekan doh ke dalam acuan yang sesuai, tekan dasar pastri dengan garfu.
4. Bakar pada suhu 190 darjah celcius separuh masak @ sehingga pastri agak kering.

Inti
Bawang besar - dicincang
Bawang putih - dicincang
Isi ayam - dipotong nipis & memanjang
Sayuran - lobak merah/ mix vege
Garam & serbuk lada hitam
Minyak - untuk menumis

Penyediaan Inti
1. Tumis bawang hingga naik bau/ layu.
2. Masukkan isi ayam, gaul hingga masak
3. Tambahkan sayuran.
4. Perasakan dengan garam & lada hitam

Penyediaan Kastad telur
200ml susu
2 biji telur
Kacau bersama telur dan susu hingga sebati


Penyediaan Quiche
1. Letakkan inti pada pastri yang separuh masak tadi
2. Tambahkan kastad telur pada adunan tersebut
3. Akhir sekali taburkan cheese pada permukaan adunan
4. Bakar pada suhu 190 darjah celcius sehingga masak @ permukaan pastri kekuningan.