Showing posts with label Anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Anak-anak. Show all posts

Friday, 5 October 2012

Mengapa Anak-anak Sekarang Lebih Agresif?

As Salam...

Artikel di bawah ini Eey copy dari blog One Simple Mother yang diambil dari fanpage Prof. Dr. Rozieta Shaary buat panduan Eey juga perkongsian bersama.

MENGAPA ANAK-ANAK SEKARANG LEBIH AGRESIF? Atau sebenarnya mereka itu LEBIH EKSPRESIF!

Salam Semua,

Alhamdulillah, pagi ini Ibu mempunyai sedikit masa. Ibu sedang di dalam kereta ke Kedah untuk mengendalikan Kursus di sana. Hubby memandu, maka ibu bolehlah menulis kepada sayang semua.
Maaf kerana lama menunggu mengenai jawapan kepada isu anak-anak kecil yang suka menjerit-jerit, mengigit-gigit dan memukul diri sendiri atau orang lain.
Sekarang mari kita mulakan perkongsian. Sebenarnya, pada usia 1 tahun hingga 3 tahun dan mungkin membawa ke 4, 5, 6 tahun adalah usia dimana anak-anak mula mengekpresikan diri mereka. Mereka mahu memberitahu apa yang mereka rasa dan mahu. Namun, oleh kerana mereka tidak pandai bertutur lagi ( bagi yang 1-2 tahun) maka mereka melakukannya melalui pergerakan dan aksi. Sebelum ini mereka melakukan melalui tangisan sahaja. Oleh itu ibu bapa perlu memerhatikan apakah maksud pergerakan mereka itu.

Beberapa perkara yang perlu kita fahami;
1)   Jika ada anak 1 hingga 2 tahun yang kelihatan mahu memukul anak lain, jangan cepat bersangka buruk kepadanya. Selalunya dia mahu memegang dan mengusap anak kecil itu kerana melihat orang lain melakukan perkara seperti itu. Namun, pada usia sebegini mereka belum pandai mengawal kekuatan tangan mereka, maka adakalanya jadi terlebih kasar. Apa yang ibu selalu lakukan pada anak-anak kecil sebegini, ibu tolong pegang  tangan mereka dan tolong dia mengawal tangannya supaya dia boleh mengusap baby kecil itu sambil mengatakan; ‘gently, gently…’ atau ‘ perlahan-perlahan…’ Jika anda cepat marah dengannya, maka dia akan hilang keyakinan dirinya dan membentuk kepercayaan diri yang negatif di dalamnya. Contohnya “ Saya ini tidak berguna”.

2)   Setiap generasi mempunyai karacter yang berbeza. Contohnya generasi X, Y, Z dan mellinia berbeza dari segi trait dan karakter mereka. Kebanyakan Gen Mellinia ini lebih ekspresi. Selalu dikatakan degil, keras kepala dan suka menunjuk perasaan, memberontak dan lebih berani mengeluarkan pendapat mereka. Mengapa mereka begitu memang ada dan banyak sebabnya. Namun, ibu tidak mahu membincangkan di sini kerana ibu telah menulis mengenai ini sebelum ini. Sila lihat blog ibu sebelum ini.

3)   Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan cara terbaik menangani anak-anak Gen Mil ini. Ramai yang masih menggunakan skil parenting semalam untuk menangani Gen Mil ini. Contohnya, menyuruh anak-anak dengar dan patuh tanpa penjelasan yang memuaskan. Terlalu lembut sehingga semuanya dibiarkan. Terlalu keras dan tidak ada ruang berbincang, Terlalu suka melarang dan ditakut-takutkan. Maka, anak-anak ini menjadi lagi hampa dan memberontak.  Dan Gen Mil ini lagi cepat dan kuat berasa hampa kerana memang trait mereka ini adalah sangat ekspresi. Sebenarnya mereka bukan degil, tapi kuat keinginan dan mahu cara mereka. Oleh itu bila kehendak mereka ditangani DENGAN TIDAK BIJAK DAN BERHEMAH, ini yang menyebabkan mereka memberontak. Dan sekiranya ini terus-menerus berlaku, anak ini akan membesar dengan semangatnya patah atau menjadi agresif yang tidak menentu. Itulah yang menyebabkan keadaan bertambah kritikal. Jika tidak diperbaiki, anak-anak ini akan membesar menjadi remaja yang payah dibentuk.

Langkah Mengatasi Perkara ini.
Hari ini ibu kongsikan beberapa dahulu;
1)   Bawa anak-anak bermain dengan aktif, seperti di padang mainan indoor atau outdoor. Lebih baik outdoor. Bila mereka bermain, mereka dapat mengekpresi diri mereka. Mereka boleh menjerit-jerit, melompat, berpeluh dsb. Ini membolehkan tenaga negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat. Cucu sulung ibu, baru-baru ini tiba-tiba suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan perkara ini. Bila kami kai balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak dibawa bermain di padang. Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang sekurang-kurangnya3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.

2)    Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TV. Bila anak-anak bermain video games, mereka akan mengalami adrenalin rush. Dan bila mereka tidak beri bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka. Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu. Oleh itu pilih games yang baik dan try games itu dahulu sebelum diberi kepada anak-anak kecil anda. Jika anda sendiri rasa tak menentu selepas bermain games itu, apatah lagi anak-anak kecil itu.

3)   Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak. Nampak, maksudnya kita sendiri yang memasukkan gula itu. Tak nampak contohnya minuman soda, fast food dan sebagainya. Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang. Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging.

4)   Elakkan menjerit-jerit dan terlalu kerap memarah. Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu. Contohnya sesuatu yang merbahya baginya, seprti bermain di tengah jalan dsb. Bila terlalu suka memarahi, marah kita itu sudah tidak ada maknanya. Malah ia menjadi cara hidup yang anak-anak kecil itu akan ikut. Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu. Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah. Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah dan berleter. Kawal – jika nak marah sangat, jika berdiri, duduk, istigfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit smabil memekup muka ke bantal … atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.

Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.

Rasanya cukup dulu untuk kali ini. Jika panjang sangat nanti penat pula nak membacanya. Nanti ibu akan sambung dari masa ke semasa.

Marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang genius dan berhati mulia.

Salam Kasih dari Ibu.

Satu artikel yang amat menarik bagi panduan Eey dalam manjaga dan mendidik my two lil Hero yang saban hari agak mencabar dengan pelbagai karektor dan tingkah laku. Moga ianya juga bermanfaat bagi Ibu-ibu lain di luar sana. Amin.

Thursday, 26 July 2012

Ayish walking @ Shah Alam Mall

As Salam...

Alhamdulillah, hari ini sudah hari keenam kita berpuasa. Semalam Eey dan En F dua-dua berbuka di luar. Kami ke Shah Alam Mall untuk settlekan bil-bil yang perlu. Sebelum ke sana, kami berbuka dahulu di Domino's Pizza, Seksyen 9.

Aiq mahupun Ayish dua-dua gembira kerana dapat berjalan-jalan di sana. Eey sempat merakamkan gambar Ayish pertama kali berjalan di mall. Sebelum ini, jika ke mana-mana mall Eey lebih senang meletakkan Ayish di dalam stroller.


Oleh kerana tidak ramai orang di Shah Alam Mall dan kami hanya singgah sekejap sahaja untuk membayar bil, maka kami tidak letakkan Ayish di stroller seperti biasa. Seronok sungguh Ayish dapat berjalan-jalan di Shah Alam Mall semalam. Mulanya Ayish agak takut juga nak berjalan sendirian, sebab lantai mall biasanya berkilau & berkilat. Agaknya, dia confuse. Tapi bila Ayish tengok abangnya, Aiq berlari ke sana sini baru dia confident nak berjalan.

Macam-macam kan gelagat anak-anak yang akan kita ingat. Lebih-lebih lagi jika ianya pertama kali mereka lakukan.

Monday, 9 July 2012

Baju raksasa... Oh!

As Salam...

Hari Sabtu yang lepas, my boys ikut Mama nyer ke Sunway Lagoon sempena Hari Keluarga TM. Dari awal minggu lagi Mama dah booking untuk bawa Aiq & Ayish. Siap pesan suruh packing barang awal-awal.

Tapi, Eey punya laa malas, hahahaaa... Setakat nak pegi Sunway Lagoon. Hurmmm, apa laa sangat, kan. (Dengki laa ni coz kena kerja). Takkan laa Eey nak packing barang-barang seminggu awal.

Sabtu pagi, Eey hantar Aiq & Ayish rumah Mama sebelum pergi kerja. Aiq happy je, sebab tau Mama nak bawa ke Sunway Lagoon. Cuma Ayish jer yang bad mood, sebab demam. Nangis-nangis Ayish sebab kena tinggalkan dengan Mama. Selalunya tak macam tu. Mungkin sebab demam, ragamnya lain sikit. Asik nak berkepit dengan Ibu jer, huhuhuuu... Cian Ayish.

Sampai jer kat office, Mama kol.

Mama : Ibu, Aiq nangis-nangis ni.
Ibu : Kenapa? Tadi kan ok jer.
Mama : Dia mintak baju raksasa. Baju apa tu? Mana satu baju raksasa?
Ibu : Owh! Ibu tak jumpa baju raksasa dia. Sebab tu tak bawa tadi.
Mama : Baju apa tu?
Ibu : Hahahaaa... Baju raksasa tu pelampung laa Mama. Pelampung kuning dia tu, dia panggil baju raksasa.
Mama : Kenapa dia panggil pelampung tu baju raksasa? (wondering...)
Ibu : Sebab dia rasa macam raksasa kot kalau pakai pelampung tu. Hahahaaaa...
Mama : Oooo... Tu laa, kan Mama dah pesan suh Ibu packing awal2. Nangis2 Aiq nak baju raksasa. Mama ingat baju gambar raksasa tadi.
Ibu : Heheheee... Mama belikan jer nanti kat sana, ya!

Moral of the story : Anak-anak akan namakan apa jua barangan dia mengikut imaginasi mereka. So, we must alert. Otherwise, we'll lost. Hurmmm... tu laaa, tak mo packing awal2, kan dah tertinggal barang.

Aiq & baju raksasa nyer...

Friday, 6 July 2012

Ayish kurang sihat...

As Salam...

Minggu ni agak kelam kabut sikit. Banyak benda Eey nak kena settlekan. Hurmmm... Agak terkejar sana sini lebih-lebih lagi untuk settlekan hal-hal yang berkaitan dengan rumah. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan olehNya.

Anak-anak pula agak kurang sihat minggu ini. Aiq batuk-batuk, manakala Ayish pula selsema tak baik-baik lagi. Semalam, masa Eey jemput dari rumah babysitter, badan Ayish pula agak panas. Macam nak demam. Mujur Ayish tak banyak ragam.

Pagi ni, check temperature... 38.1 darjah. Owh! Agak panas juga. Nasib ada spare ubat demam di rumah. Kalau tidak, terpaksalah Eey ambil cuti @ MC. Tidur jer Ayish masa bawa ke rumah babysitter pagi ni. Mungkin badan tak selesa agaknya.

Mr F cakap, Ayish demam sebab nak boleh jalan. Tapi Eey rasa sebab gigi geraham dia nak tumbuh. Tapi tak kisahlah apa pun sebab dia. Moga Ayish cepat sembuh, Amin. Besok boleh ikut MamaCik berjimba-jimba di Sunway Lagoon, kalau Ayish dah ok. Heheheee...

Moga Ayish cepat sembuh, Amin. 

Friday, 22 June 2012

Three Musketeers

As Salam...

Bila tiba hujung minggu jer, mood untuk menulis dah ke laut bagai. Lagi-lagi sekarang kat rumah dah tidak ada internet line. En F dah potong semenjak liputan internet di kawasan rumah Eey ini tidak stabil. Kejap ada, kejap tiada... Macam biskut pula.

Selalunya waktu hujung minggu Eey dan En F akan membawa Aiq & Ayish bermain bola di padang. Aiq sememangnya suka bermain bola. Jika di rumah Aiq sering dimarahi kerana tendangan-tendangannya yang kuat dan mengganggu. Lagipun amat tidak sesuai bermain bola di dalam rumah kerana ruangan yang sempit.

Hari Ahad yang lepas, kami meluangkan masa bersama Aiq & Ayish di padang sekitar Dataran Shah Alam sekali lagi. Amat puas hati bawa anak-anak ke sini. Padangnya yang luas masih mampu menampung kebanjiran warga Shah Alam yang sama-sama datang menghabiskan waktu hujung minggu mereka di sini.

Aktiviti selepas bermain bola... Makan-makan :p

Selalunya kami akan menghabiskan masa dalam sejam dua melayan ketetah anak-anak di sini. Kadang-kadang nak mengajak mereka pulang pun agak susah.

Melayan anak-anak

Apa pun aktiviti riadah sepeti ini memang seronok. Cuma tidak selalu dapat dilakukan kerana kesuntukan masa dengan pelbagai aktiviti lain di hujung minggu.

 





Sunday, 20 May 2012

Aiq turns 3

As Salam...

Alhamdulillah, hari ini Aiq cukup 3 tahun. Lahir tepat jam 3.59 petang pada tarikh ini tiga tahun lepas di PPUM. Semoga Aiq akan menjadi seorang anak yang soleh, abang yang baik dan insan yang berjaya kelak, Amin.

Segala kenangan sepanjang tiga tahun ini Ibu abadikan di sini, ya nak. Semoga akan diingati kelak.

Aiq di awal-awal kelahiran

Aiq selepas pantang

Aiq ketika mula-mula menirap

Aiq 1 ke 2 tahun

Hari raya bersama Aiq

Sesungguhnya Aiq kesayangan Ibu, Ayah serta keluarga. Hadirmu penyeri hidup Ibu. Ibu doakan hanya yang terbaik buatmu, Sayang. Semoga Aiq membesar sempurna dan dapat menghargai semuanya. Amin.

Monday, 23 April 2012

Minggu yang sibuk...

As Salam...

Sepanjang minggu lepas adalah minggu yang agak sibuk dan memenatkan bagi Eey. Kedua-dua anak Eey kurang sihat. Aiq & Ayish demam panas. Betul-betul menguji kesabaran, bila mana anak-anak kurang sihat. Macam-macam ragam mereka yang begitu dambakan perhatian Eey.

Di samping itu, Eey pula mempunyai jadual temuduga yang terpaksa dipenuhi. Agak kelam kabut juga mulanya. Tapi Alhamdulillah semuanya dapat ditangani. Terima kasih juga buat En F yang sentiasa bersama menguruskan anak-anak. 

Friday, 13 April 2012

Ayish Demam

As Salam...

Semalam sehari suntuk Eey habiskan masa dengan Ayish. Sepatutnya pagi-pagi dah hantar Aiq & Ayish ke rumah pengasuh. Tapi, bangun je pagi semalam rasa badan Ayish panas lain macam jer. Bila periksa suhu 39.9 darjah. Oh! Panasnya.

Langsung En F tak bagi Eey kerja, suruh bawa Ayish ke klinik. Jadi, terpaksalah ambil cuti kecemasan. Apa pun, anak lebih penting, kan?

Eey tinggalkan Aiq pada Tok Mi. Sementara nak bawa Ayish ke klinik. En F pula kena kerja, ada "job change" katanya. Tak boleh nak escape. Nasib baik Ayish tak meragam sepanjang jalan ke klinik. Maklumlah, pergi masa peak period ni bertembung dengan semua orang yang rushing nak ke pejabat. Walaupun klinik tak jauh sangat, tapi disebabkan jem, jadi laa lama baru nak sampai. Sempat lagi Ayish "melabur" dalam kereta, huhuhuuuu... Satu kereta bau. Apa boleh buat, haha.

Sampai di klinik, kena bersihkan Ayish dulu. Melalak laa Ayish bila masuk toilet. Lagi lagi tempat yang dia tak biasa. Sampai nama kena panggil pun, Eey tak dengar. Nasib baik keluar dari toilet tu ada orang beritahu nama Ayish dah kena panggil. Terus Eey masuk ke bilik doktor. Selepas doktor ambil suhu (39.8 darjah) terus doktor cadangkan untuk masukkan ubat melalui bon***. Sebab suhunya tinggi sangat. Selepas 6 jam baru boleh ambil ubat/ dos yang seterusnya.

Semalam tiga kali Ayish dimasukkan ubat yang sama selepas setiap 6 jam. Sebab suhu badan Ayish akan naik semula bila habis tempoh 6 jam ni. Alhamdulillah, selepas dos yang ke tiga, suhu badan Ayish dah stabil.

Pagi ini Ayish dah sihat sikit. Suhu pun tak panas macam semalam. Harap Ayish cepat sembuh, ya nak! Amin.


Tuesday, 3 April 2012

Babysitter vs. Grandparents

As Salam...

Minggu ni Eey agak sibuk kerana terpaksa melatih dan membiasakan anak-anak untuk dihantar ke rumah pengasuh. Anak-anak Eey, terutama Aiq tidak pernah tinggal/ ditinggalkan lama bersama orang selain dari ahli keluarga Eey. Ummi yang jaga Aiq dari kecil sampai sekarang. Begitu juga Ayish, dari lahir besar bersama Tok Mi & Tok Bak. 

Namun, keputusan sudah dibuat. Anak-anak perlu diajar & dilatih untuk ke rumah pengasuh pula selepas ini. Ummi & Bak sudak banyak membantu Eey dalam menjaga & membesarkan anak-anak sehingga saat ini. "Terima kasih ya Ummi & Bak. Bukan niat untuk memisahkan cucu-cucu dari Ummi & Bak. Tapi sudah sampai masanya untuk Eey berdikari..."

Hari ini merupakan hari pertama anak-anak di bawah jagaan pengasuh. Juga hari pertama Eey dan En F bertemu dengan pengasuh. Aiq & Ayish dua-dua pun menangis bila ditinggalkan. "Ibu pun sedih, nak. Tapi bukan niat Ibu untuk menyusahkan kalian..." 

Menurut pengasuh, Aiq agak senang menyesuaikan diri dan keadaan. Tangisnya pun tidak lama. Cuma tidak biasa dengan suasana baru. Makan pun tidak mahu. "Oh! Semoga anak Ibu cepat memahami." Harapnya hari-hari yang mendatang ini dipermudahkan, Amin. Semoga Aiq lebih ceria di tempat baru ini.

Ayish pun lebih kurang dengan Aiq. Cuma Ayish lebih banyak menangis. Mungkin Ayish perlukan lebih perhatian. Biasalah, jika dengan Tok Mi & Tok Bak perhatiannya lebih. Maklumlah cucu. Di rumah pengasuh lain. Moga Ayish juga kuat & tidak terlalu manja, ya nak! Tapi ada masa-masanya Ayish dapat sama-sama bermain dengan kanak-kanak lain di sana. 

Eey dan En F pun sebenarnya tidak senang duduk juga. Masing-masing risaukan anak-anak. Namun susah untuk diungkapkan... Hheehee, masing-masing cuba untuk "cover up the feelings". Tapi tentang anak-anak juga yang terkeluar dari mulut kami. Hmmm... nampaknya, kami juga perlu tabah. "Gambatte! We can do it."

Semoga hari esok lebih baik dari hari ini, Amin.

Wednesday, 21 March 2012

Anak-anak tak sihat, Ibu Alergi

As salam...

Minggu lepas, anak-anak Eey kurang sihat semuanya. Aiq batuk, selsema dan demam. Manakala Ayish pula selsema dan batuk juga.


Agak kelam kabut juga bila Aiq beberapa kali muntah-muntah ketika batuk. Dua kali jugalah bawa Aiq ke klinik. Risau... Kalau-kalau kena jangkitan atau sesuatu yang lebih buruk. Namun, Alhamdulillah, semuanya tidak seperti yang difikirkan. Anak-anak beransur sihat hari ke hari. :)


Habis sudah kisah anak-anak, Ibunya pula terkena alergi. Entah dari mana puncanya pun belom dapat dikenal pasti. "Hmmm... lepas satu, satu ujian Allah nak bagi. Insya'Allah akan kuhadapinya dengan tabah, Amin".


Dalam seminggu jugalah Eey kena alergi ni. Asik ulang alik ke in house klinik di office je. Doktor pun pening, hari-hari muka yang sama jer yang datang, haha.. Tak tahan wooo, garu sana garu sini. Rasa macam nak guling-guling pun ada, haha. Sampai sekarang pun masih ada lagi alergi ni. Entah dari mana puncanya pun Eey kurang pasti. Suspected dari punca air. Tapi En F tak kena laa pulak, anak-anak pun ok jer. Huhuhuuu... Cuma Eey sorang jer yang alergi. Alergi ni pulak ada masa-masanya yang tertentu laa pula. Pagi dan petang sahaja. Kemudian akan hilang dengan sendirinya. Harapnya cepatlah sembuhnya, Amin.

Sunday, 11 March 2012

Ayishku Sayang...

As salam...

Ayish cedera...
Cian anak Ibu, Ayish...

Terjatuh tika bermain petang semalam. Habis luka & lebam di pipi yang bam bam dan sekitar kening. Huhuuu...


Moga Ayish cepat baik, ya! Ibu tahu, anak Ibu kuat (Ibu jer yang tak kuat, nak nangis rasanya bila tengok muka Ayish tu).

Friday, 24 February 2012

Awan Nano

Lagu ni lagu fav. Aiq. Hari- hari pun dia suka nyanyi lagu Awan Nano ni, walaupun hanya hafal few lines. But, Ibu still enjoy listened to you Aiq. Hahaa..

Awan Nano - Hafiz

Thursday, 26 January 2012

Cahaya hidupku...

Ayish & Aiq

Alhamdulillah... Syukur Ya Allah kerana dikurniakan dua permata yang amat berharga, yang sentiasa menyinari hidupku..