Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

Tuesday, 17 July 2012

Dinner @ Tony Roma's Cineleisure Damansara

As Salam...

Hari minggu yang lepas, Eey paksa ajak En F ke Ikea. Masih lagi ingin mencari-cari kelengkapan dapur idaman. Begitulah hajat di hati. En F yang kurang sihat terpaksalah mengikutkan hasrat isteri tersayang ini, hahaaa... Lagipun, En F mengidam teringin untuk menikmati makan malam di Tony Roma's katanya.

Kami ke Ikea dah lewat petang, tetapi umat manusia masih ramai. Kebiasaannya hujung minggu begini jalan ke pusat membeli belah memang padat. Alhamdulillah, dapat juga kami tempat parkir yang berdekatan dengan entrance. Jadi tidak perlu berjalan jauh (huhuhuuu... amat sayang sekali daku pada lemak2 terkumpul ini).

Sampai di Ikea, kami ke pameran untuk bahagian dapur. Owh! Ikea cuma ada dua jenama sahaja untuk dapur pilihan, Fagor dan Whirlpool. Juga design yang ditawarkan adalah agak terhad. Hmmm... Nampaknya tidak tercapai juga hasrat dihati untuk memiliki dapur idaman. Mungkin rezeki di tempat lain, agaknya.

Memilih dapur untuk Ibu...

Selesai sessi meronda di Ikea, kami ke Cineleisure untuk makan malam di tempat pilihan En F. Ini pertama kali kami makan di Tony Roma's. Sebelum ini pernah bercadang untuk ke sini, tetapi senantiasa ada sahaja halangannya.
 

Menu untuk Aiq & Ayish

Untuk anak-anak Eey cuma pesan satu set Kid's Meal sahaja. Cukuplah untuk Aiq & Ayish kongsikan bersama. Chicken fillet menjadi pilihan Eey sebab Aiq memang sukakan nugget @ ayam bersama fries. Ayish pula tidak memilih dalam hal-hal yang berkaitan dengan makanan. Apa yang ada, semua pun Ayish makan.

 Pilihan En F

Manakala untuk En F dan Eey, kami memilih beef ribs untuk makan malam. Cumanya hidangan yang berbeza, disamping dua side dish. Pertama kali juga kami makan beef ribs ini. Jika sebelum ini, kami hanya makan steak, salmon atau pasta jika ke restoran makanan barat. Minuman pula, Ice lemon tea untuk Eey dan anak-anak dan air berkarbonat  untuk En F.

Hidangan untuk Eey

Alhamdulillah, kenyang :)

Tercapai juga hasrat untuk makan di sini. Cuma untuk tekak kami, kami lebih sukakan makanan di TGIF berbanding Tony Roma's ini. Lain orang, lain pandangannya barangkali. Apapun, kami selamat sampai di rumah setelah menghabiskan masa di Ikea dan Cineleisure bersama.

Thursday, 24 May 2012

Lexis PD

As Salam...

Beberapa bulan yang lepas (entri tertunda ni...) buat pertama kalinya selepas kahwin Eey dan keluarga pergi bercuti. Kami memilih untuk ke Port Dickson (PD) sahaja kerana tidak perlu memandu jauh.

Percutian ini sebenarnya "last minute planning", En F bagi lampu hijau je, Eey terus survey dan booked. Tu pun berpandukan online review sahaja. Eey booking melalui legend water chalets website. Ianya adalah unit persendirian, bukan di bawah pengurusan Hotel Lexis. Dengan itu, kami menghabiskan dua hari satu malam di Lexis PD.  
 
 Pemandangan dari unit yang disewa

Perjalanan ke Lexis PD mengambil masa lebih kurang dua jam dari rumah. Kami bertolak agak lewat tempohari disebabkan malam sebelumnya itu kami temankan sepupu En F dari Singapura ke Uptown Shah Alam. Masing-masing lewat bangun, hahahaaa... Agak kelam kabut jugalah, sebab Eey belum siapkan barangan yang perlu dibawa. Sampai di Lexis PD sebelum jam 12.00 tengahari dan terus ambil kunci dari owner chalet tersebut. Alhamdulillah, dapat check-in awal.

Chalet ni bagi Eey, boleh laa. Agak sama dengan gambar yang dipaparkan di website. Tapi keadaan dalamnya agak berhabuk seperti dah lama tak buat room service. Agak tidak sesuai jika bawa budak kecil macam Eey. Sebab Ayish tengah lasak dan semua tempat pun dia suka tinjau. Habis habuk-habuk disapunya, huhuhuuuu...

Interiornya juga, agak biasa-biasa aja. Cuma yang paling frust adalah jakuzinya. Walaupun ada jakuzi di dalam unit yang disewa ini, tapi tidak boleh digunakan. Kepala paip untuk air sejuk patah. Cuma air panas je yang boleh digunakan. Takkanlah Eey nak berjakuzi dengan air panas, tak sangguplah sungguh pun ada aircond. Maunya melecur seluruh badan nanti, hahahaaa... Nak ke pantai pula, jauh. Nak mandi di kolam renang kena patuhi etika berpakaiannya. Jadi, jakuzi di bilik je laa yang tinggal, tapi malangnya tak boleh digunakan.

Selain dari jakuzinya yang tak dapat digunakan, unit yang Eey sewa ini juga banyak lipas-lipas yang berkeliaran. Terutamanya pada waktu malam. Bayangkan masa Eey tidurkan Ayish di sofa bed dipenjuru bilik, lipas-lipas boleh dengan selambanya melalui kami. Huhuhuuu... amat tidak tenteram Eey. Harapnya penyewa lain tidak mengalami pengalaman seperti yang Eey alami.

Nasib baik Eey cuma sewa untuk dua hari satu malam sahaja. Kalau tak tentunya rugi. Sudah la, jakuzinya tidak boleh digunakan, banyak pula lipas berkeliaran. Agak "kuciwa" dan menyesal jugaklah, tapi apakan daya. Mungkin jika hendak bercuti lagi nanti, Eey akan terus tempah dengan pihak pengurusan hotel atau yang sewaktu dengannya. Tidak lagi menempah unit-unit persendirian, walaupun harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah (what you paid is what you should get).

 
Mandi time... Aiq yang paling enjoy!

Sebelah petangnya, kami melayan anak-anak di kolam renang. Aiq sungguh teruja dan seronok bermain air. Lebih-lebih lagi dengan peralatan renang yang baru dibeli di Giant berhampiran tadi. Ayish pula, takutkan air. Letak je dalam kolam terus menangis. Walaupun En F dan Aiq ada bersamanya. Tidak biasa agaknya...

 Gelagat Aiq & Ayish

Sebelah malamnya, kami ke kawasan sekitar Lexis ini untuk jalan-jalan cari makan. Kebetulan dalam tercari-cari tempat yang sesuai, kami terjumpa Medan Ikan Bakar, Majlis Perbandaran Port Dickson. En F cadangkan untuk makan malam di sini sahaja dari terus tercari-cari. Alhamdulillah, makanan di sini sedap dan harganya pula berpatutan. Kami memesan hidangan udang, sotong, sayur dan dua jenis masakan ikan (bakar & stim) serta minuman. Menurut En F harganya cuma RM 80.00++.

Hidangan makan malam

Apa pun, bercuti sememangnya seronok terutamanya pada anak-anak. Insya'Allah lain kali boleh pergi bercuti lagi. Tapi perancangan yang lebih baik perlu dibuat, bukan main redah aje seperti percutian kami kali ini. Pengalaman bercuti kali ini akan Eey jadikan panduan untuk masa-masa akan datang.


Thursday, 17 May 2012

Dataran Kemerdekaan Shah Alam

As Salam...

Hujung minggu lepas, Eey dan En F bawa anak-anak main bola kat padang berhampiran dengan Dataran Kemerdekaan, Shah Alam. Punya laa ramai orang di sini waktu petang, lagi pulak hujung minggu.

Dengarnya, setiap malam minggu (Jumaat, Sabtu & Ahad), ada bazar yang dibuka sekitar dataran ini. Tapi tak de laa Eey ke bazar tersebut. Cuma temankan anak-anak bermain bola sahaja.

Aksi dua beranak...

Cukup suka Aiq dapat main bola di padang. En F layankan sahaja. Kejap je Aiq dah berpeluh-peluh sebab berlari ke sana sini mengejar bola. Nasib baik sebelum ke sini, dah belikan air buat bekalan. Dapat laa Aiq hilangkan penat dan dahaganya.

Aiq & bolanya...

Manakala Ayish pula, layan je tengok Abangnya bermain bola. Mengantuk sebenarnya Ayish ni. Cuma sejam sahaja tidurnya tadi.

Ayish pun nk join skali.

Dah penat layankan Aiq, En F ajarkan Ayish pula bermain bola. Dalam mengantuk pun, boleh lagi Ayish bermain bola. Hmmmm... biasa laa budak-budak, asal dapat main dah cukup gembira. Sampaikan tak tidur pun tak pe.

Hebat tak Ayish ?

Kami beredar dari sini sebelum magrib. Alhamdulillah, anak-anak cukup gembira dapat menghabiskan masa bersama. Sampaikan Aiq tak nak balik, sebab seronok sangat dapat bermain bola bersama. Insya'Allah ada kelapangan nanti pasti Eey akan bawa lagi anak-anak ke sini.

Tuesday, 8 May 2012

Extreme Park, Shah Alam

As Salam...

Selalunya hujung-hujung minggu jika ada kelapangan dan cuaca mengizinkan Eey dan En F akan bawa Aiq dan Ayish ke Extreme Park, Shah Alam untuk berjimba-jimba.

Aiq amat gemarkan bola sepak. Layankan je En F dan Aiq menendang bola di sini hingga ke petang. Kadang-kadang Aiq sampai merajuk tak mahu balik sebab seronok sangat bermain bola di sini.

Melayan Aiq bermain bola

Sementara Aiq dan En F bermain bola, Eey dan Ayish melayan mata dengan aktiviti-aktiviti petang belia di Extreme Park ini bersukan.

Gelagat Ayish

Agak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini, antaranya rock climbing (my fav), rollerblading, skateboarding, futsal, flying fox dan lain-lain. Jika anda mempunyai masa terluang serta berminat dengan sukan lasak, berkunjunglah ke sini. Insya'Allah seronok.

Monday, 20 February 2012

Malaysia IT Fair

Assalammulaikum WBT...

Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk berada di sini lagi pada hari ini, Isnin.

Dua hari lepas, Sabtu & Ahad masa Eey banyak dihabiskan bersama anak-anak & En F di Malaysia IT Fair yang berlangsung di Mid Valley Mega Malls.

En F awal-awal lagi dah bagitau nak ke IT Fair ni. Jadi, hari Sabtu pagi-pagi Eey siapkan budak dan kejutkan En F awal agar x terlewat. Biasalah, Mid Valley ni kalau pergi lambat sikit, susah nak dapat parkir. Jem pulak tu... Lagipun En F nak sampai awal, katanya boleh dapatkan pendrive 4G dgn harga RM1 jer untuk pengunjung terawal.

Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 9.30 pagi, sampai dalam jam 10 lebih. Bila sampai di event hall tengok sudah ramai orang beratur. Rupanya, orang lain lagi awal datangnya. Hahaa.. tak dapat laa nak beli pendrive murah kalau macam ni gayanya.

Depan Event Hall masa pintu belom buka, ramaikan org?...

Jam 11.00 pagi baru pintu hall dibuka. Agak sesak jugak pada masa mula-mula ia dibuka. Semua orang tak sabar nak masuk. Eey dan anak-anak pun joint sekali. Tapi agak susah sikit untuk bergerak dengan stroller dan ramai orang. En F suruh jer Eey tunggu di depan stage bersama Aiq sementara dia masuk dahulu bersama Ayish.

Selepas habis pusing satu round, En F keluar dengan excited nyer. Harga barang yang dijual kat IT Fair ini katanya agak berbaloi. Banyak benda boleh dapat dengan harga yang lebih murah kalau nak dibandingkan di luar sana.

Jadi, second round kami semua masuk ke event hall. Masa tu dah tak sesak kalau nak dibandingkan dengan masa mula-mula pintu dibuka tadi. Sempatlah sama-sama "meramaikan majlis", kata orang. Dalam pada pusing-pusing,  Eey sudah senaraikan beberapa barang hendak dibeli. Tapi masa ni cuma survey survey dulu, sebab banyak sangat booth yang offer pada harga murah. Habis pusing, kami ke food court untuk makan. Kesian Aiq & Ayish belom makan, hehee.. Dah makan, kenyang..., baru boleh digest apa yang betul-betul nak dibeli (Hmmm... ya laa tu...)

So, untuk kali ketiganya kami masuk kembali dan pergi ke booth yang jual barangan yang dikehendaki. En F dah aim nak belikan Aiq tablet kecil. So, lepas ni tak de laa Aiq berebut nak main game menggunakan Galaxy Tab En F lagi, haha... Bila terjumpa satu booth tu offer tablet paling murah dalam RM280, terus kami duduk di situ dengar penjelasan dia. Kira boleh laa untuk Aiq buat main, compare kalau nak belikan Galaxy Tab atau IPad. Sebab Aiq baru dua tahun lebih, Eey rasa tak berbaloi lagi nak "invest" untuk dia tablet yang agak mahal. Dah besar sikit, insya'Allah... Lagipun Aiq gunakan untuk main game aje. Boleh laa dari tak de, kan? Heheheee. Masa Eey & En F belikan tablet ni, Aiq & Ayish dua-dua dah tertido, kepenatan. 

Lain-lain barangan yang dibeli adalah pendrive, mouse, headphone dan ... beg (Oh! IT ke beg nih?) Heheee... Walaupun tak se"IT" barangan lain, beg ini lah barang yang paling mahal sekali En F spend kat IT Fair ni. RM300 after discount, dengan lifetime waranty. Brand apa, lupa la pulak. Sesudah semuanya selesai,  kami beredar dari Mid Valley yang mana ketika itu cuaca masih hujan.


Keesokkannya, Ahad masih lagi setia mengunjungi Mid Valley untuk kedua kalinya. Kali ini, disebabkan sedikit masalah yang dihadapi En F terhadap tablet yang dibeli untuk Aiq. Hari kedua ini, kami sampai lebih awal dari semalam. Masih ramai juga orang beratur di hadapan event hall menunggukan pintu dibuka. Kunjungan kedua kami hanyalah untuk permasalahan terhadap tablet yang dibeli sebelumnya.