Saturday 30 June 2012

Rubine Warehouse Sale

As Salam...

Hari ini cadangnya nak menjenguk ke Rubine Warehouse Sale. Sedang mencari-cari set hob, hood dan oven. Moga dapatlah apa yang dicari dengan harga yang berpatutan. Amin.


Bagi yang ingin membeli set kelengkapan dapur tu, boleh lah sama-sama berkunjung ke sini. Eey pun tak pasti harganya murah atau mahal sebab belum pernah ke sini lagi sebelum ini. Harapnya harga yang ditawarkan adalah berpatutan.
 

Thursday 28 June 2012

BBQ : Birthday Ayish

As Salam...

Hari Sabtu yang lepas, Mummy Chu (Ain) telah sukarela menjamu kami semua makan di Kafe D'Manggis Steamboat & BBQ. Ianya sempena Bdae Ayish, juga sempena Mummy Chu baru kerja (kira gaji pertama laa tu).

Kafe D'Manggis Steamboat & BBQ ni terletak di Kuang. Selalunya penuh pada malam minggu, jadi kena buat tempahan awal. Makanannya segar, sedap juga murah. Dihidangkan secara buffet. Jadi, bolehlah "Eat All You Can". Harganya pula sangat-sangat berpatutan, RM 20 untuk dewasa & RM 10 untuk kanak-kanak.

Antara pilihan makanan yang ada

Semua adik-beradik Eey (Abang Iqi+Kak Z, Mama+Udin, juga Ain) sama-sama meramaikan majlis malam itu di samping Ummi & Bak. Cik Nor & En Wan juga Naufal pun ada sama. Cuma En F sahaja tidak dapat bersama-sama kami malam itu kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah, masing-masing kekenyangan dan gembira dapat berkumpul dan makan bersama.

Steamboat & BBQ : 2 in 1

Anak-anak Eey, Ayish dan Aiq juga seronok dapat makan dan main di sana. Ayish terutamanya sangat-sangat teruja dengan makanan. Semua pun dia makan, pantang disuap. Huhuhuhuuu... kekenyangan anak Ibu, ya.

Memandangkan ianya berkonsepkan buffet, maka penuhlah meja-meja kami dengan segala lauk pauk untuk dibakar (BBQ) dan di buat sup (steamboat). Sup yang disediakan adalah jenis tomyam. Antara pilihan makanan yang ada adalah seafood (udang/ sotong/ ikan), froozen food (semua jenis seafoodball), sayuran, nasi goreng, mee (kering & basah), kuey teow, air, aiskrim, jajan dan.... apa lagi ya? Dah lupa pula...
 
Anak-anak

 
Eey amat suka dengan daging black papernya, berbanding seafood. Dagingnya cukup rasa dan lembut. Aiq pula suka makan aiskrim. Dua tiga kali ulang makan aiskrim sahaja. Manakala Ayish, semua pun dia makan asalkan disuap, heheheee...

Alhamdulillah, semua pun enjoy dengan outing kali ini. Terima kasih buat ChuChu (pangilan anak-anak Eey buat Mummy Chu) kerana sudi mengeluarkan belanja. Juga terima kasih untuk hadiah Aiq & Ayish. Moga murah rezeki dan boleh belanja lagi, hahahaaa...

Wednesday 27 June 2012

Wordless Wednesday #3

As Salam...

 

Saturday 23 June 2012

Ayish turn 1

As Salam...

Alhamdulillah... Hari ini Ayish genap setahun.

"Ayish, hadirmu dalam kemelut yang paling besar dalam hidup Ibu. Memberi Ibu seribu kekuatan untuk bertahan. Setahun berlalu sudah. Segala dugaan dan rintangan kita harungi bersama. Moga kekuatan ini akan berkekalan. Juga semoga Ayish akan membesar menjadi anak yang soleh, dapat menjaga Ibu dan keluarga... Amin."

Ayish ketika bayi.

Tanggal 23hb Jun 2011, Ayish selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya. Masih segar lagi detik itu dalam ingatan Eey. Abang Iqi dan Ummi yang bergegas menghantar Eey ke Hospital Putrajaya selepas kami makan malam. Ayish disambut oleh En F yang tegar menemani Eey di bilik bersalin. Alhamdulillah, kelahiran kedua ini dipermudahkan olehNya. Ayish lahir tidak sampai satu jam, selepas Eey dimasukkan ke bilik bersalin.

Gelagat Ayish

Dari kecil lagi Ayish amat-amat sayangkan Abangnya, Aiq. Amat-amat suka jika dapat mendengar suara Aiq, apatah lagi jika dapat bermain bersama. But kids will always be a kids... Sometimes they had fun, sometimes they'll fight.

Ayish...

Ayish juga, seorang anak yang amat-amat manja dan mendambakan penuh perhatian Eey dan keluarga. Mempunyai banyak keletah yang tidak terjangka. Peneman di kala duka, penghibur di kala lara...

Ayish dan makanan tidak dapat dipisahkan...

Apapun, kehadiran Ayish menyerikan hidup kami. Mengeratkan yang terungkai, melengkapkan yang terurai. Moga Ibu dapat mendidikmu sebaik mungkin. Moga dapat menjadi anak yang soleh, bijak, bersopan, menghormati dan yang semua yang terbaik sebagai seorang khalifah di bumi Allah ini. Amin.
 


Friday 22 June 2012

Three Musketeers

As Salam...

Bila tiba hujung minggu jer, mood untuk menulis dah ke laut bagai. Lagi-lagi sekarang kat rumah dah tidak ada internet line. En F dah potong semenjak liputan internet di kawasan rumah Eey ini tidak stabil. Kejap ada, kejap tiada... Macam biskut pula.

Selalunya waktu hujung minggu Eey dan En F akan membawa Aiq & Ayish bermain bola di padang. Aiq sememangnya suka bermain bola. Jika di rumah Aiq sering dimarahi kerana tendangan-tendangannya yang kuat dan mengganggu. Lagipun amat tidak sesuai bermain bola di dalam rumah kerana ruangan yang sempit.

Hari Ahad yang lepas, kami meluangkan masa bersama Aiq & Ayish di padang sekitar Dataran Shah Alam sekali lagi. Amat puas hati bawa anak-anak ke sini. Padangnya yang luas masih mampu menampung kebanjiran warga Shah Alam yang sama-sama datang menghabiskan waktu hujung minggu mereka di sini.

Aktiviti selepas bermain bola... Makan-makan :p

Selalunya kami akan menghabiskan masa dalam sejam dua melayan ketetah anak-anak di sini. Kadang-kadang nak mengajak mereka pulang pun agak susah.

Melayan anak-anak

Apa pun aktiviti riadah sepeti ini memang seronok. Cuma tidak selalu dapat dilakukan kerana kesuntukan masa dengan pelbagai aktiviti lain di hujung minggu.

 





Wednesday 20 June 2012

Wordless Wednesday #2

As Salam...

 Three Musketeers
 

Friday 15 June 2012

Japanese Snack

As Salam...

Selama Eey kerja kat Japanese Firm ni, pelbagai jenis snek Eey dah cuba. Ada yang boleh diterima tekak, ada yang tengok pun dah tak berani cuba, ada yang rasa nak makan banyak-banyak dan macam-macam lagi.

Selalunya jika Bos balik kampung (balik Jepun), akan ada laa serba sedikit buah tangan dari sana. Tak pun, kalau ada Bos dari cawangan Jepun yang datang mahupun customer Jepun yang datang. Mesti buah tangannya adalah produk makanan Jepun. Amat jaranglah mereka membawa selain barangan negara mereka. Patriotik, bukan?

Antara snek dari Jepun

Antara semua produk makanan ini, biasanya Bos Eey akan filter dahulu. Bos pun faham apa yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan oleh Muslim. Dia akan baca satu-satu senarai bahan yang digunakan. Jika makanan tersebut tidak boleh dimakan oleh kami, ianya akan dibahagi-bahagikan hanya kepada pekerja bukan Muslim sahaja. Prihatin, bukan? Untung dapat Bos begini. >o<
 



Thursday 14 June 2012

Chef Lian Sherson

As Salam...

Hari Selasa yang lepas, Eey ke Tesco waktu lunch. Hajat di hati nak cari organik psyllium husk. Katanya bagus untuk kesihatan.

Dalam blur blur mencari-cari organik section tu, terperasan macam ada shooting kat dalam Tesco tu. Siap ada cameraman, ke hulu hilir dengan kameranya. Dalam terpingga-pingga tu, baru Eey perasan, dia orang tengah shooting dengan Chef Lian Sherson. Mungkin untuk episod 5 Rencah 5 Rasa kot.

Huhuhuuuu... I really like this Chef. Sempoi habis. Dah laa cara dia kendalikan rancangan pun best, main campak-campak jer bahan. Jadi pulak tu. Kalau Eey yang campak-campak bahan, sure masuk perut "En T" la jawabnya. Hahaaa..

Punya laa suka hati masa tu, tak terkata. Sampai tak jadi Eey cari organik psyllium husk. Confirm dah tak nampak benda lain dah masa tu. Hahahaaa... Tapi still control lagi, tak de laa sampai nak pergi serbu Chef tu. Cuma tengok dari jauh jer. Dalam pada itu, sempat juga laa Eey beli pasta. Teringat yang Aiq ada pesan nak makan fettuccine carbonara.

Masa nak buat bayaran, Eey masih lagi tercari-cari Chef Lian Sherson. "Dah habis shooting ke dia ni?". Nak juga Eey tegur (ada hati nak tegur, padahal punya laa segan nak gi dekat).  Dalam tercari-cari tu, terpandanglah dia tengah pilih-pilih baju kat men's section. Sempooiii betul Chef ni, beli baju kat Tesco je. Tak pasti pula dia bayar sendiri atau Tesco yang sponsor, hahaa.. Masa tu, Eey segan betul nak ke sana. Sudah laa Eey sorang je masa tu, huhuhuuuu... Kalau berteman, mungkin tak malu sangat rasanya.

Chef Lian Sherson

Dalam malu-malu tu, Eey tebalkan muka juga. Nak jumpa Chef Lian Sherson punya pasal. Sekurang-kurangnya dapat ambil gambar sekeping pun jadi laa (>o<). He is very nice person... Siap offer Eey nak bergambar bersama, lagi. Dia suruh pembantu dia tolong snapkan. Oh! Suka nyer.. Tak sia-sia Eey jumpa, heheheee... Sekurang-kurangnya tertunailah hasrat di hati, dapat berjumpa dengan Chef Lian Sherson ni.

Wednesday 13 June 2012

Wordless Wednesday

As Salam... 

  Apa yang penting? Kerjaaaasama... 

Tuesday 12 June 2012

Bertandang : Kampung Beng, Lenggong

As Salam...

Tanggal 2 Jun yang lalu, majlis bertandang sempena perkahwinan adik Eey, Aida, telah diadakan di Kampung Beng, Lenggong Perak. Kampung sebelah pengantin lelaki, Syifauddin.

Eey ke sana bersama-sama Aida, Ummi, Bak dan anak-anak Eey, Aiq dan Ayish. En F tidak dapat turut serta kerana terikat dengan kerja. Kami bertolak dari Shah Alam hari Jumaat pagi, bagi mengelakkan kesesakkan lalulintas. Maklumlah di musim cuti sekolah, kenderaan sentiasa bertali arus di jalan raya.

Ragam Ayish di dalam kereta

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Kuala Kangsar. Memandangkan masih awal, kami singgah di rumah mertua Cik Nor di Kuala Kangsar. Disambut oleh Cik Nor dan En Wan serta Naufal. Cik Nor dan keluarga sememangya akan bersama-sama rombongan bertandang nanti. Sementara menantikan solat Jumaat, kami ke Medan Cendol dan Laksa, MPKK untuk menjamu selera.

Selesai solat Jumaat, kami meneruskan perjalanan ke Resort Tasik Raban, tempat di mana kami akan berkumpul dan bermalam. Ayah Chik dan Ummi Chik serta Cik Ros & anak-anak juga Tok Ayah & Tok Mek sudah sedia sampai di Resort sebelum kami. Sebelah petangnya, Pak Usu dan keluarga menyusul. Manakala sebelah malamnya, Abang Iqi dan Kak Z juga turut serta.

Pemandangan sekitar Resort Tasik Raban dan tempat penginapan

Masa-masa terluang di sebelah petang Jumaat dihabiskan dengan melayan karenah anak-anak bermain di taman permainan yang berdekatan. Resort Tasik Raban ini tidak mempunyai kolam renang mahupun kafeteria. Jadi satu-satunya yang menarik minat anak-anak hanyalah taman permainannya. Aiq mahupun Ayish begitu seronok dapat bermain bersama anak-anak Pak Usu. 

 Aiq & Ayish di playground

Ragam Aiq & Ayish sebelum tido

Malamnya, Aiq dan Ayish juga Eey tidur awal disebabkan keletihan. Sementara agenda untuk besok masih panjang untuk dipenuhi.

Keesokkannya, Sabtu, 2 Jun kami bertolak ke Kampung Beng lebih kurang jam 12.00 tengahari. Berkumpul di Shell, Lenggong untuk sama-sama berkonvoi dengan pasangan pengantin yang terlebih dahulu ke Pekan Lenggong untuk bersiap.

Tiba di Kampung Beng, kami disambut oleh Azan Zuhur. Selepas Azan, perarakan ke rumah pengantin pun bermula. Kami dijamu dengan lauk kenduri serta gulai ikan patin. Pelamin dan jamuan untuk rombongan pengantin perempuan serta makan beradap dibuat di atas rumah pengatin. Manakala khemah untuk tetamu adalah disekitar rumah. 

Alhamdulillah, selesai dan lengkap sudah majlis perkahwinan adik Eey, Aida. Semoga perkahwinan yang dibina diberkati dan dirahmati Allah, Amin. 


Kami beransur pulang setelah selesai menjamu selera. Perjalanan pulang mengambil masa agak panjang berikutan sedikit kesesakkan lalulintas sekitar Lebuhraya. Kami tiba kembali di Shah Alam sekitar jam 19.00 malam. Alhamdulillah, semuanya selamat.

Monday 11 June 2012

Wedding Adik

As Salam...

Tanggal 26hb Mei yang telah lalu, adik Eey, Aida telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya, Syifauddin. Alhamdulillah, segala persiapan dan majlis berjalan dengan lancar. Kedua-dua majlis akad nikah dan persandingan diadakan di Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam.

Akad nikah berlangsung pada sebelah paginya sekitar jam 10.00 pagi. Semua sanak saudara terdekat kedua dua belah pihak hadir menyaksikan majlis tersebut. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Aida telah selamat menjadi suri kepada Syifauddin. Moga rumahtangga dan ikatan perkahwinan yang dibina ini akan bekekalan ke akhir hayat di dunia & akhirat. 
 
Sekitar majlis akad nikah.

 
Alhamdulillah... selamat semuanya.

Pada sebelah petanya, majlis persandingan diadakan di tempat yang sama. Ianya bermula dari jam 12.00 tengahari hingga jam 16.00 petang. Ramai sanak saudara serta sahabat handai menghadirinya.
 
Majlis persandingan

 
Potrait keluarga

 
Manakala majlis di sebelah pihak lelaki diadakan seminggu kemudian di Kampung Beng, Lenggong, Perak.