Friday 30 March 2012

House Hunting - Part 2

As Salam...

Hmmm... Mula-mula lagi dah mengeluh, haha! Tak elok tu. Kata orang-orang tua, belum pun mula buat sesuatu dah mengeluh tu tak elok. Tapi, apakan daya, haha!

Temujanji telah pun dibuat sekali lagi untuk tengok rumah. Walaupun ada sedikit perubahan pada mulanya. Namun, apakan daya lagi... Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan segalanya. Panjang pula intro, inti patinya belum juga mula...

Sepatutnya Eey dan keluarga memenuhi temujanji untuk melihat rumah yang seterusnya pada malam 14-Mac lalu. Tetapi, masa kami dalam perjalanan ke sana Aiq tiba-tiba muntah dalam kereta. Maka dengan itu terpaksalah temujanji tersebut dibatalkan di saat-saat akhir. Anak/ keluarga perlu diutamakan, walau apa jua keadaan. Betul tak? "Hmm... Anak Ibu, Aiq tak sihat, ya Sayang..."

Jadi malam tersebut terlepaslah peluang kami untuk melihat sebuah lagi "calon" rumah yang bakal dibeli. Tak pe, mungkin bukan rezeki kami, waktu itu. Namun, Eey ada maklumkan pada agen yang berkenaan supaya mengambil gambar rumah yang dimaksudkan dan emailkan supaya dapat juga Eey lihat, walaupun bukan secara langsung, haha.

Sampai sahaja di rumah kami, En F mangarahkan Eey & Ayish supaya masuk ke rumah dahulu kerana dia ingin menguruskan Aiq serta membersihkan muntah. Setelah selesai, En F segera membawa Aiq ke klinik untuk check up. Eey dan Ayish hanya tunggu di rumah sahaja.

Alhamdulillah, tidak ada apa yang serius. Aiq cuma kurang sihat, demam dan batuk. Walaupun suhu badan Aiq tidak terlalu panas masa itu, tetapi doktor cakap Aiq deman. Mungkin panas dalam badan agaknya. "Apa pun anak Ibu kuat, kan. Cepat sembuh, ya Sayang.."

Dalam pada itu, Eey hanya menantikan email dari agen rumah bagi melihat dan menilai rumah yang dimaksudkan itu. Harap-harap rumah yang dimaksudkan itu berkeadaan baik dan yang paling penting berkenan dihati kami sekeluarga. Amin.

0 comments: