Tuesday 3 April 2012

Babysitter vs. Grandparents

As Salam...

Minggu ni Eey agak sibuk kerana terpaksa melatih dan membiasakan anak-anak untuk dihantar ke rumah pengasuh. Anak-anak Eey, terutama Aiq tidak pernah tinggal/ ditinggalkan lama bersama orang selain dari ahli keluarga Eey. Ummi yang jaga Aiq dari kecil sampai sekarang. Begitu juga Ayish, dari lahir besar bersama Tok Mi & Tok Bak. 

Namun, keputusan sudah dibuat. Anak-anak perlu diajar & dilatih untuk ke rumah pengasuh pula selepas ini. Ummi & Bak sudak banyak membantu Eey dalam menjaga & membesarkan anak-anak sehingga saat ini. "Terima kasih ya Ummi & Bak. Bukan niat untuk memisahkan cucu-cucu dari Ummi & Bak. Tapi sudah sampai masanya untuk Eey berdikari..."

Hari ini merupakan hari pertama anak-anak di bawah jagaan pengasuh. Juga hari pertama Eey dan En F bertemu dengan pengasuh. Aiq & Ayish dua-dua pun menangis bila ditinggalkan. "Ibu pun sedih, nak. Tapi bukan niat Ibu untuk menyusahkan kalian..." 

Menurut pengasuh, Aiq agak senang menyesuaikan diri dan keadaan. Tangisnya pun tidak lama. Cuma tidak biasa dengan suasana baru. Makan pun tidak mahu. "Oh! Semoga anak Ibu cepat memahami." Harapnya hari-hari yang mendatang ini dipermudahkan, Amin. Semoga Aiq lebih ceria di tempat baru ini.

Ayish pun lebih kurang dengan Aiq. Cuma Ayish lebih banyak menangis. Mungkin Ayish perlukan lebih perhatian. Biasalah, jika dengan Tok Mi & Tok Bak perhatiannya lebih. Maklumlah cucu. Di rumah pengasuh lain. Moga Ayish juga kuat & tidak terlalu manja, ya nak! Tapi ada masa-masanya Ayish dapat sama-sama bermain dengan kanak-kanak lain di sana. 

Eey dan En F pun sebenarnya tidak senang duduk juga. Masing-masing risaukan anak-anak. Namun susah untuk diungkapkan... Hheehee, masing-masing cuba untuk "cover up the feelings". Tapi tentang anak-anak juga yang terkeluar dari mulut kami. Hmmm... nampaknya, kami juga perlu tabah. "Gambatte! We can do it."

Semoga hari esok lebih baik dari hari ini, Amin.

0 comments: