Friday, 30 March 2012

House Hunting - Part 2

As Salam...

Hmmm... Mula-mula lagi dah mengeluh, haha! Tak elok tu. Kata orang-orang tua, belum pun mula buat sesuatu dah mengeluh tu tak elok. Tapi, apakan daya, haha!

Temujanji telah pun dibuat sekali lagi untuk tengok rumah. Walaupun ada sedikit perubahan pada mulanya. Namun, apakan daya lagi... Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan segalanya. Panjang pula intro, inti patinya belum juga mula...

Sepatutnya Eey dan keluarga memenuhi temujanji untuk melihat rumah yang seterusnya pada malam 14-Mac lalu. Tetapi, masa kami dalam perjalanan ke sana Aiq tiba-tiba muntah dalam kereta. Maka dengan itu terpaksalah temujanji tersebut dibatalkan di saat-saat akhir. Anak/ keluarga perlu diutamakan, walau apa jua keadaan. Betul tak? "Hmm... Anak Ibu, Aiq tak sihat, ya Sayang..."

Jadi malam tersebut terlepaslah peluang kami untuk melihat sebuah lagi "calon" rumah yang bakal dibeli. Tak pe, mungkin bukan rezeki kami, waktu itu. Namun, Eey ada maklumkan pada agen yang berkenaan supaya mengambil gambar rumah yang dimaksudkan dan emailkan supaya dapat juga Eey lihat, walaupun bukan secara langsung, haha.

Sampai sahaja di rumah kami, En F mangarahkan Eey & Ayish supaya masuk ke rumah dahulu kerana dia ingin menguruskan Aiq serta membersihkan muntah. Setelah selesai, En F segera membawa Aiq ke klinik untuk check up. Eey dan Ayish hanya tunggu di rumah sahaja.

Alhamdulillah, tidak ada apa yang serius. Aiq cuma kurang sihat, demam dan batuk. Walaupun suhu badan Aiq tidak terlalu panas masa itu, tetapi doktor cakap Aiq deman. Mungkin panas dalam badan agaknya. "Apa pun anak Ibu kuat, kan. Cepat sembuh, ya Sayang.."

Dalam pada itu, Eey hanya menantikan email dari agen rumah bagi melihat dan menilai rumah yang dimaksudkan itu. Harap-harap rumah yang dimaksudkan itu berkeadaan baik dan yang paling penting berkenan dihati kami sekeluarga. Amin.

Thursday, 29 March 2012

Duhai Hati...

Duhai Hati...

Derita tak mungkin akan hilang begitu sahaja,
Kelukaan tidak mungkin bisa sembuh sekelip mata,
Hanya masa yang bakal menentukan segalanya,
Padamu Allah kupohon kekuatan...

Duhai Hati...

Peritnya bukan seketika,
Sakitnya tidak terungkap,
Semuanya terpaksa kutelan,
Demimu pewaris kecilku,
Semoga segalanya terbalas...

Duhai Hati...

Bertabahlah!
Ianya hanya sementara,
Tiada yang kekal, tiada yang lepas,
Apa yang terjadi adalah ketentuanNya
Hanya Yang Esa peneman setia, 
Ya Allah, hanya padaMu kuberserah...

Wednesday, 21 March 2012

Anak-anak tak sihat, Ibu Alergi

As salam...

Minggu lepas, anak-anak Eey kurang sihat semuanya. Aiq batuk, selsema dan demam. Manakala Ayish pula selsema dan batuk juga.


Agak kelam kabut juga bila Aiq beberapa kali muntah-muntah ketika batuk. Dua kali jugalah bawa Aiq ke klinik. Risau... Kalau-kalau kena jangkitan atau sesuatu yang lebih buruk. Namun, Alhamdulillah, semuanya tidak seperti yang difikirkan. Anak-anak beransur sihat hari ke hari. :)


Habis sudah kisah anak-anak, Ibunya pula terkena alergi. Entah dari mana puncanya pun belom dapat dikenal pasti. "Hmmm... lepas satu, satu ujian Allah nak bagi. Insya'Allah akan kuhadapinya dengan tabah, Amin".


Dalam seminggu jugalah Eey kena alergi ni. Asik ulang alik ke in house klinik di office je. Doktor pun pening, hari-hari muka yang sama jer yang datang, haha.. Tak tahan wooo, garu sana garu sini. Rasa macam nak guling-guling pun ada, haha. Sampai sekarang pun masih ada lagi alergi ni. Entah dari mana puncanya pun Eey kurang pasti. Suspected dari punca air. Tapi En F tak kena laa pulak, anak-anak pun ok jer. Huhuhuuu... Cuma Eey sorang jer yang alergi. Alergi ni pulak ada masa-masanya yang tertentu laa pula. Pagi dan petang sahaja. Kemudian akan hilang dengan sendirinya. Harapnya cepatlah sembuhnya, Amin.