Thursday, 24 May 2012

Lexis PD

As Salam...

Beberapa bulan yang lepas (entri tertunda ni...) buat pertama kalinya selepas kahwin Eey dan keluarga pergi bercuti. Kami memilih untuk ke Port Dickson (PD) sahaja kerana tidak perlu memandu jauh.

Percutian ini sebenarnya "last minute planning", En F bagi lampu hijau je, Eey terus survey dan booked. Tu pun berpandukan online review sahaja. Eey booking melalui legend water chalets website. Ianya adalah unit persendirian, bukan di bawah pengurusan Hotel Lexis. Dengan itu, kami menghabiskan dua hari satu malam di Lexis PD.  
 
 Pemandangan dari unit yang disewa

Perjalanan ke Lexis PD mengambil masa lebih kurang dua jam dari rumah. Kami bertolak agak lewat tempohari disebabkan malam sebelumnya itu kami temankan sepupu En F dari Singapura ke Uptown Shah Alam. Masing-masing lewat bangun, hahahaaa... Agak kelam kabut jugalah, sebab Eey belum siapkan barangan yang perlu dibawa. Sampai di Lexis PD sebelum jam 12.00 tengahari dan terus ambil kunci dari owner chalet tersebut. Alhamdulillah, dapat check-in awal.

Chalet ni bagi Eey, boleh laa. Agak sama dengan gambar yang dipaparkan di website. Tapi keadaan dalamnya agak berhabuk seperti dah lama tak buat room service. Agak tidak sesuai jika bawa budak kecil macam Eey. Sebab Ayish tengah lasak dan semua tempat pun dia suka tinjau. Habis habuk-habuk disapunya, huhuhuuuu...

Interiornya juga, agak biasa-biasa aja. Cuma yang paling frust adalah jakuzinya. Walaupun ada jakuzi di dalam unit yang disewa ini, tapi tidak boleh digunakan. Kepala paip untuk air sejuk patah. Cuma air panas je yang boleh digunakan. Takkanlah Eey nak berjakuzi dengan air panas, tak sangguplah sungguh pun ada aircond. Maunya melecur seluruh badan nanti, hahahaaa... Nak ke pantai pula, jauh. Nak mandi di kolam renang kena patuhi etika berpakaiannya. Jadi, jakuzi di bilik je laa yang tinggal, tapi malangnya tak boleh digunakan.

Selain dari jakuzinya yang tak dapat digunakan, unit yang Eey sewa ini juga banyak lipas-lipas yang berkeliaran. Terutamanya pada waktu malam. Bayangkan masa Eey tidurkan Ayish di sofa bed dipenjuru bilik, lipas-lipas boleh dengan selambanya melalui kami. Huhuhuuu... amat tidak tenteram Eey. Harapnya penyewa lain tidak mengalami pengalaman seperti yang Eey alami.

Nasib baik Eey cuma sewa untuk dua hari satu malam sahaja. Kalau tak tentunya rugi. Sudah la, jakuzinya tidak boleh digunakan, banyak pula lipas berkeliaran. Agak "kuciwa" dan menyesal jugaklah, tapi apakan daya. Mungkin jika hendak bercuti lagi nanti, Eey akan terus tempah dengan pihak pengurusan hotel atau yang sewaktu dengannya. Tidak lagi menempah unit-unit persendirian, walaupun harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah (what you paid is what you should get).

 
Mandi time... Aiq yang paling enjoy!

Sebelah petangnya, kami melayan anak-anak di kolam renang. Aiq sungguh teruja dan seronok bermain air. Lebih-lebih lagi dengan peralatan renang yang baru dibeli di Giant berhampiran tadi. Ayish pula, takutkan air. Letak je dalam kolam terus menangis. Walaupun En F dan Aiq ada bersamanya. Tidak biasa agaknya...

 Gelagat Aiq & Ayish

Sebelah malamnya, kami ke kawasan sekitar Lexis ini untuk jalan-jalan cari makan. Kebetulan dalam tercari-cari tempat yang sesuai, kami terjumpa Medan Ikan Bakar, Majlis Perbandaran Port Dickson. En F cadangkan untuk makan malam di sini sahaja dari terus tercari-cari. Alhamdulillah, makanan di sini sedap dan harganya pula berpatutan. Kami memesan hidangan udang, sotong, sayur dan dua jenis masakan ikan (bakar & stim) serta minuman. Menurut En F harganya cuma RM 80.00++.

Hidangan makan malam

Apa pun, bercuti sememangnya seronok terutamanya pada anak-anak. Insya'Allah lain kali boleh pergi bercuti lagi. Tapi perancangan yang lebih baik perlu dibuat, bukan main redah aje seperti percutian kami kali ini. Pengalaman bercuti kali ini akan Eey jadikan panduan untuk masa-masa akan datang.


Sunday, 20 May 2012

Aiq turns 3

As Salam...

Alhamdulillah, hari ini Aiq cukup 3 tahun. Lahir tepat jam 3.59 petang pada tarikh ini tiga tahun lepas di PPUM. Semoga Aiq akan menjadi seorang anak yang soleh, abang yang baik dan insan yang berjaya kelak, Amin.

Segala kenangan sepanjang tiga tahun ini Ibu abadikan di sini, ya nak. Semoga akan diingati kelak.

Aiq di awal-awal kelahiran

Aiq selepas pantang

Aiq ketika mula-mula menirap

Aiq 1 ke 2 tahun

Hari raya bersama Aiq

Sesungguhnya Aiq kesayangan Ibu, Ayah serta keluarga. Hadirmu penyeri hidup Ibu. Ibu doakan hanya yang terbaik buatmu, Sayang. Semoga Aiq membesar sempurna dan dapat menghargai semuanya. Amin.

Thursday, 17 May 2012

Dataran Kemerdekaan Shah Alam

As Salam...

Hujung minggu lepas, Eey dan En F bawa anak-anak main bola kat padang berhampiran dengan Dataran Kemerdekaan, Shah Alam. Punya laa ramai orang di sini waktu petang, lagi pulak hujung minggu.

Dengarnya, setiap malam minggu (Jumaat, Sabtu & Ahad), ada bazar yang dibuka sekitar dataran ini. Tapi tak de laa Eey ke bazar tersebut. Cuma temankan anak-anak bermain bola sahaja.

Aksi dua beranak...

Cukup suka Aiq dapat main bola di padang. En F layankan sahaja. Kejap je Aiq dah berpeluh-peluh sebab berlari ke sana sini mengejar bola. Nasib baik sebelum ke sini, dah belikan air buat bekalan. Dapat laa Aiq hilangkan penat dan dahaganya.

Aiq & bolanya...

Manakala Ayish pula, layan je tengok Abangnya bermain bola. Mengantuk sebenarnya Ayish ni. Cuma sejam sahaja tidurnya tadi.

Ayish pun nk join skali.

Dah penat layankan Aiq, En F ajarkan Ayish pula bermain bola. Dalam mengantuk pun, boleh lagi Ayish bermain bola. Hmmmm... biasa laa budak-budak, asal dapat main dah cukup gembira. Sampaikan tak tidur pun tak pe.

Hebat tak Ayish ?

Kami beredar dari sini sebelum magrib. Alhamdulillah, anak-anak cukup gembira dapat menghabiskan masa bersama. Sampaikan Aiq tak nak balik, sebab seronok sangat dapat bermain bola bersama. Insya'Allah ada kelapangan nanti pasti Eey akan bawa lagi anak-anak ke sini.