Saturday, 12 May 2012

House Hunting - Part 3

As Salam...

Dah lama rasanya tak update pasal pencarian rumah ni. Hmmm... pencarian rumah Eey ini sudah berakhir, akhirnya. Eey dan En F telah berjaya memilih rumah yang masing-masing setuju dan mampu.

Besar atau kecil tidak menjadi masalah buat kami. Keluarga pun tak besar, cuma kami berempat sahaja yang akan mendiami rumah tersebut. Asalkan selesa juga mampu untuk membayarnya dan yang paling penting ianya milik kami. Alhamdulillah, tidak perlu membayar untuk orang lain lagi selepas ini.

Selepas memerima email gambar rumah tempohari, Eey dan En F masing-masing bersetuju untuk membeli rumah tersebut. Temujanji dibuat untuk membayar 3% pendahuluan dari harga keseluruhan rumah tersebut kepada agen berkenaan. Baki 7% lagi Eey keluarkan dari KWSP. Dan perjalanan memiliki rumah pun bermula...

Pertamanya, pencarian pinjaman perumahan perlu dibuat. Setelah meninjau beberapa bank, Eey dapati hanya dua bank (Alliance Islamic Bank dan Public Bank) memberi tawaran yang menarik iaitu BLR -2.2% untuk pinjaman kurang RM 200,000 dan tempoh pinjaman adalah sehingga umur 70 tahun. Lain bank, lain tawarannya. Oleh itu, kepada mana-mana pembeli rumah (terutama untuk pembelian rumah sub sale) adalah perlu untuk meninjau dan mencari tawaran yang paling baik untuk pinjaman perumahan anda. Kerana pinjaman perumahan adalah untuk jangkamasa panjang, bukannya setahun dua.

Antara dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman adalah 3 bulan slip gaji, 3 bulan penyata bank, penyata KWSP, salinan kad pengenalan pemohon dan borang EA. Proses permohonan adalah dalam 2 hingga 3 minggu. Setelah permohonan Eey berjaya, langkah seterusnya adalah menandatangani Perjanjian Jual Beli (S&P). Untuk ini, Eey gunakan khidmat peguam yang dicadangkan oleh agen jualan rumah. Bayaran guaman adalah berdasarkan harga rumah yang dibeli. Untuk ini, Eey membayar RM 1,000 pendahuluan dan selebihnya adalah dari pengeluaran KWSP.

Sekarang, semuanya masih dalam proses menunggu salinan S&P yang telah ditandatangi oleh tuan rumah untuk ke langkah yang berikutnya, iaitu pengeluaran KWSP. Menurut peguam, salinan S&P ini Eey akan terima dalam jangkamasa 1 minggu. Setelah selesai dengan S&P, proses seterusnya akan mengambil masa sehingga 90 hari untuk selesai dan mendapat kunci rumah. Semoga segala urusan seterusnya ini dipermudahkan. Amin.










Tuesday, 8 May 2012

Extreme Park, Shah Alam

As Salam...

Selalunya hujung-hujung minggu jika ada kelapangan dan cuaca mengizinkan Eey dan En F akan bawa Aiq dan Ayish ke Extreme Park, Shah Alam untuk berjimba-jimba.

Aiq amat gemarkan bola sepak. Layankan je En F dan Aiq menendang bola di sini hingga ke petang. Kadang-kadang Aiq sampai merajuk tak mahu balik sebab seronok sangat bermain bola di sini.

Melayan Aiq bermain bola

Sementara Aiq dan En F bermain bola, Eey dan Ayish melayan mata dengan aktiviti-aktiviti petang belia di Extreme Park ini bersukan.

Gelagat Ayish

Agak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini, antaranya rock climbing (my fav), rollerblading, skateboarding, futsal, flying fox dan lain-lain. Jika anda mempunyai masa terluang serta berminat dengan sukan lasak, berkunjunglah ke sini. Insya'Allah seronok.

Friday, 4 May 2012

Caramel popcorn

As Salam...

Buat pertama kalinya Eey mencuba untuk membuat popcorn sendiri di rumah. En F agak tidak yakin pada mulanya apabila Eey beritahu nak mencuba membuat popcorn sendiri. Setelah di "google" beberapa panduan, maka terhasillah popcorn seperti di bawah.

yummy caremel popcorn

Alhamdulillah, En F dan anak-anak begitu gemarkannya. Lagi-lagi Ayish, tidak boleh terpandang botol berisi popcorn, mesti mulutnya bising minta disuapkan. Aiq pula mula-mula agak takut untuk mencuba. Tapi bila sekali rasa, diulang-ulang makannya. En F jangan cerita, belum pun habis popcorn dalam botol sudah di"hint"kan untuk ditambah lagi.

Sepanjang minggu popcorn menjadi snek di kala senggang buat En F dan anak-anak. Tidak sia-sia Eey mencubanya.