Tuesday 12 June 2012

Bertandang : Kampung Beng, Lenggong

As Salam...

Tanggal 2 Jun yang lalu, majlis bertandang sempena perkahwinan adik Eey, Aida, telah diadakan di Kampung Beng, Lenggong Perak. Kampung sebelah pengantin lelaki, Syifauddin.

Eey ke sana bersama-sama Aida, Ummi, Bak dan anak-anak Eey, Aiq dan Ayish. En F tidak dapat turut serta kerana terikat dengan kerja. Kami bertolak dari Shah Alam hari Jumaat pagi, bagi mengelakkan kesesakkan lalulintas. Maklumlah di musim cuti sekolah, kenderaan sentiasa bertali arus di jalan raya.

Ragam Ayish di dalam kereta

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Kuala Kangsar. Memandangkan masih awal, kami singgah di rumah mertua Cik Nor di Kuala Kangsar. Disambut oleh Cik Nor dan En Wan serta Naufal. Cik Nor dan keluarga sememangya akan bersama-sama rombongan bertandang nanti. Sementara menantikan solat Jumaat, kami ke Medan Cendol dan Laksa, MPKK untuk menjamu selera.

Selesai solat Jumaat, kami meneruskan perjalanan ke Resort Tasik Raban, tempat di mana kami akan berkumpul dan bermalam. Ayah Chik dan Ummi Chik serta Cik Ros & anak-anak juga Tok Ayah & Tok Mek sudah sedia sampai di Resort sebelum kami. Sebelah petangnya, Pak Usu dan keluarga menyusul. Manakala sebelah malamnya, Abang Iqi dan Kak Z juga turut serta.

Pemandangan sekitar Resort Tasik Raban dan tempat penginapan

Masa-masa terluang di sebelah petang Jumaat dihabiskan dengan melayan karenah anak-anak bermain di taman permainan yang berdekatan. Resort Tasik Raban ini tidak mempunyai kolam renang mahupun kafeteria. Jadi satu-satunya yang menarik minat anak-anak hanyalah taman permainannya. Aiq mahupun Ayish begitu seronok dapat bermain bersama anak-anak Pak Usu. 

 Aiq & Ayish di playground

Ragam Aiq & Ayish sebelum tido

Malamnya, Aiq dan Ayish juga Eey tidur awal disebabkan keletihan. Sementara agenda untuk besok masih panjang untuk dipenuhi.

Keesokkannya, Sabtu, 2 Jun kami bertolak ke Kampung Beng lebih kurang jam 12.00 tengahari. Berkumpul di Shell, Lenggong untuk sama-sama berkonvoi dengan pasangan pengantin yang terlebih dahulu ke Pekan Lenggong untuk bersiap.

Tiba di Kampung Beng, kami disambut oleh Azan Zuhur. Selepas Azan, perarakan ke rumah pengantin pun bermula. Kami dijamu dengan lauk kenduri serta gulai ikan patin. Pelamin dan jamuan untuk rombongan pengantin perempuan serta makan beradap dibuat di atas rumah pengatin. Manakala khemah untuk tetamu adalah disekitar rumah. 

Alhamdulillah, selesai dan lengkap sudah majlis perkahwinan adik Eey, Aida. Semoga perkahwinan yang dibina diberkati dan dirahmati Allah, Amin. 


Kami beransur pulang setelah selesai menjamu selera. Perjalanan pulang mengambil masa agak panjang berikutan sedikit kesesakkan lalulintas sekitar Lebuhraya. Kami tiba kembali di Shah Alam sekitar jam 19.00 malam. Alhamdulillah, semuanya selamat.

0 comments: