Wednesday, 27 June 2012

Wordless Wednesday #3

As Salam...

 

Saturday, 23 June 2012

Ayish turn 1

As Salam...

Alhamdulillah... Hari ini Ayish genap setahun.

"Ayish, hadirmu dalam kemelut yang paling besar dalam hidup Ibu. Memberi Ibu seribu kekuatan untuk bertahan. Setahun berlalu sudah. Segala dugaan dan rintangan kita harungi bersama. Moga kekuatan ini akan berkekalan. Juga semoga Ayish akan membesar menjadi anak yang soleh, dapat menjaga Ibu dan keluarga... Amin."

Ayish ketika bayi.

Tanggal 23hb Jun 2011, Ayish selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya. Masih segar lagi detik itu dalam ingatan Eey. Abang Iqi dan Ummi yang bergegas menghantar Eey ke Hospital Putrajaya selepas kami makan malam. Ayish disambut oleh En F yang tegar menemani Eey di bilik bersalin. Alhamdulillah, kelahiran kedua ini dipermudahkan olehNya. Ayish lahir tidak sampai satu jam, selepas Eey dimasukkan ke bilik bersalin.

Gelagat Ayish

Dari kecil lagi Ayish amat-amat sayangkan Abangnya, Aiq. Amat-amat suka jika dapat mendengar suara Aiq, apatah lagi jika dapat bermain bersama. But kids will always be a kids... Sometimes they had fun, sometimes they'll fight.

Ayish...

Ayish juga, seorang anak yang amat-amat manja dan mendambakan penuh perhatian Eey dan keluarga. Mempunyai banyak keletah yang tidak terjangka. Peneman di kala duka, penghibur di kala lara...

Ayish dan makanan tidak dapat dipisahkan...

Apapun, kehadiran Ayish menyerikan hidup kami. Mengeratkan yang terungkai, melengkapkan yang terurai. Moga Ibu dapat mendidikmu sebaik mungkin. Moga dapat menjadi anak yang soleh, bijak, bersopan, menghormati dan yang semua yang terbaik sebagai seorang khalifah di bumi Allah ini. Amin.
 


Friday, 22 June 2012

Three Musketeers

As Salam...

Bila tiba hujung minggu jer, mood untuk menulis dah ke laut bagai. Lagi-lagi sekarang kat rumah dah tidak ada internet line. En F dah potong semenjak liputan internet di kawasan rumah Eey ini tidak stabil. Kejap ada, kejap tiada... Macam biskut pula.

Selalunya waktu hujung minggu Eey dan En F akan membawa Aiq & Ayish bermain bola di padang. Aiq sememangnya suka bermain bola. Jika di rumah Aiq sering dimarahi kerana tendangan-tendangannya yang kuat dan mengganggu. Lagipun amat tidak sesuai bermain bola di dalam rumah kerana ruangan yang sempit.

Hari Ahad yang lepas, kami meluangkan masa bersama Aiq & Ayish di padang sekitar Dataran Shah Alam sekali lagi. Amat puas hati bawa anak-anak ke sini. Padangnya yang luas masih mampu menampung kebanjiran warga Shah Alam yang sama-sama datang menghabiskan waktu hujung minggu mereka di sini.

Aktiviti selepas bermain bola... Makan-makan :p

Selalunya kami akan menghabiskan masa dalam sejam dua melayan ketetah anak-anak di sini. Kadang-kadang nak mengajak mereka pulang pun agak susah.

Melayan anak-anak

Apa pun aktiviti riadah sepeti ini memang seronok. Cuma tidak selalu dapat dilakukan kerana kesuntukan masa dengan pelbagai aktiviti lain di hujung minggu.