Friday, 13 April 2012

Ayish Demam

As Salam...

Semalam sehari suntuk Eey habiskan masa dengan Ayish. Sepatutnya pagi-pagi dah hantar Aiq & Ayish ke rumah pengasuh. Tapi, bangun je pagi semalam rasa badan Ayish panas lain macam jer. Bila periksa suhu 39.9 darjah. Oh! Panasnya.

Langsung En F tak bagi Eey kerja, suruh bawa Ayish ke klinik. Jadi, terpaksalah ambil cuti kecemasan. Apa pun, anak lebih penting, kan?

Eey tinggalkan Aiq pada Tok Mi. Sementara nak bawa Ayish ke klinik. En F pula kena kerja, ada "job change" katanya. Tak boleh nak escape. Nasib baik Ayish tak meragam sepanjang jalan ke klinik. Maklumlah, pergi masa peak period ni bertembung dengan semua orang yang rushing nak ke pejabat. Walaupun klinik tak jauh sangat, tapi disebabkan jem, jadi laa lama baru nak sampai. Sempat lagi Ayish "melabur" dalam kereta, huhuhuuuu... Satu kereta bau. Apa boleh buat, haha.

Sampai di klinik, kena bersihkan Ayish dulu. Melalak laa Ayish bila masuk toilet. Lagi lagi tempat yang dia tak biasa. Sampai nama kena panggil pun, Eey tak dengar. Nasib baik keluar dari toilet tu ada orang beritahu nama Ayish dah kena panggil. Terus Eey masuk ke bilik doktor. Selepas doktor ambil suhu (39.8 darjah) terus doktor cadangkan untuk masukkan ubat melalui bon***. Sebab suhunya tinggi sangat. Selepas 6 jam baru boleh ambil ubat/ dos yang seterusnya.

Semalam tiga kali Ayish dimasukkan ubat yang sama selepas setiap 6 jam. Sebab suhu badan Ayish akan naik semula bila habis tempoh 6 jam ni. Alhamdulillah, selepas dos yang ke tiga, suhu badan Ayish dah stabil.

Pagi ini Ayish dah sihat sikit. Suhu pun tak panas macam semalam. Harap Ayish cepat sembuh, ya nak! Amin.


Tuesday, 10 April 2012

Merajuk...

As Salam...

Eyy agak susah hati lately... Sekarang Ummi, merajuk dengan Eey disebabkan oleh hal menghantar anak-anak untuk dijaga oleh pengasuh.

Sebenarnya tak ada niat langsung Eey nak menguris hati Ummi. Niat Eey untuk meringankan beban Ummi. Anak-anak Eey dah makin lasak, sementara Ummi dah semakin berusia. Tapi apakan daya, mungkin pemikiran dan pemahaman kita tidak sama. Huhuhuu... Amatlah Eey berdukacita, sebab telah melukai hati Ummi. "Eey mintak maaf banyak-banyak ya Ummi. Demi kebaikan bersama, Eey buat semua ini. Eey benar-benar mengharapkan pengertian dari Ummi."

Semoga hati Ummi akan cepat terubat. Masih banyak lagi benda yang Eey ingin kongsikan bersama Ummi. Ummilah segalanya bagi Eey. Eey sayang Ummi sangat-sangat! 

Tuesday, 3 April 2012

Babysitter vs. Grandparents

As Salam...

Minggu ni Eey agak sibuk kerana terpaksa melatih dan membiasakan anak-anak untuk dihantar ke rumah pengasuh. Anak-anak Eey, terutama Aiq tidak pernah tinggal/ ditinggalkan lama bersama orang selain dari ahli keluarga Eey. Ummi yang jaga Aiq dari kecil sampai sekarang. Begitu juga Ayish, dari lahir besar bersama Tok Mi & Tok Bak. 

Namun, keputusan sudah dibuat. Anak-anak perlu diajar & dilatih untuk ke rumah pengasuh pula selepas ini. Ummi & Bak sudak banyak membantu Eey dalam menjaga & membesarkan anak-anak sehingga saat ini. "Terima kasih ya Ummi & Bak. Bukan niat untuk memisahkan cucu-cucu dari Ummi & Bak. Tapi sudah sampai masanya untuk Eey berdikari..."

Hari ini merupakan hari pertama anak-anak di bawah jagaan pengasuh. Juga hari pertama Eey dan En F bertemu dengan pengasuh. Aiq & Ayish dua-dua pun menangis bila ditinggalkan. "Ibu pun sedih, nak. Tapi bukan niat Ibu untuk menyusahkan kalian..." 

Menurut pengasuh, Aiq agak senang menyesuaikan diri dan keadaan. Tangisnya pun tidak lama. Cuma tidak biasa dengan suasana baru. Makan pun tidak mahu. "Oh! Semoga anak Ibu cepat memahami." Harapnya hari-hari yang mendatang ini dipermudahkan, Amin. Semoga Aiq lebih ceria di tempat baru ini.

Ayish pun lebih kurang dengan Aiq. Cuma Ayish lebih banyak menangis. Mungkin Ayish perlukan lebih perhatian. Biasalah, jika dengan Tok Mi & Tok Bak perhatiannya lebih. Maklumlah cucu. Di rumah pengasuh lain. Moga Ayish juga kuat & tidak terlalu manja, ya nak! Tapi ada masa-masanya Ayish dapat sama-sama bermain dengan kanak-kanak lain di sana. 

Eey dan En F pun sebenarnya tidak senang duduk juga. Masing-masing risaukan anak-anak. Namun susah untuk diungkapkan... Hheehee, masing-masing cuba untuk "cover up the feelings". Tapi tentang anak-anak juga yang terkeluar dari mulut kami. Hmmm... nampaknya, kami juga perlu tabah. "Gambatte! We can do it."

Semoga hari esok lebih baik dari hari ini, Amin.