Tuesday 24 July 2012

Iftar di awal Ramadhan 1433H

As Salam...

Alhamdulillah... Hari ini dah masuk hari keempat umat Islam berpuasa. Semoga kita dipermudahkan dalam melalui Ramadhan pada kali ini.

Hari pertama Ramadhan tempohari, Mama mempelawa Eey dan keluarga berbuka di rumahnya. Kebetulan pula Ummi dan Bak menyambut awal Ramadhan di Kelantan. Manakala ChuChu menumpang di rumah Mama semasa ketiadaan Ummi dan Bak. Jadi, kami adik beradik berpakat untuk berbuka bersama. Mama sediakan nasi ayam buat juadah berbuka. Gambar di hari pertama berpuasa tak sempat Eey abadikan sebab first time gotong royong, keadaan agak kelam kabut. Hahaa...

Hari kedua berpuasa pula, En F bekerja. Cuma Eey dan anak-anak di rumah. Cadangnya, selepas En F balik dari kerja kami nak ke Sunway untuk mencari barangan anak-anak. Tetapi tidak kesampaian kerana En F kepenatan. Jadi, kami hanya menghabiskan masa di rumah seharian. Menu berbuka pula Eey sediakan lamb chop, coslow, chips dan nugget sahaja. Kebetulan barangan untuk juadah tersebut ada di dapur. Gambar seperti biasa tidak sempat dirakamkan :)

Lamb chop in the making...

Manakala semalam, hari pertama bekerja di bulan Ramadhan kali ini. Setiap kali Ramadhan pasti kesesakkan lalulintas adalah di luar kebiasaan. Selepas mengambil anak-anak, kami ke bazar ramadhan di seksyen 20. Tak banyak juga hasil tangkapan di sini, hanya akok dan cendol sahaja. Lain-lain juadah belum cukup menggoda agaknya, hahaaa...

Eey sampai di rumah agak lewat, cuma setengah jam sebelum waktu berbuka. Hmmm... berperanglah di dapur jawabnya. Semalam Eey cuma sempat sediakan asam pedas ikan merah untuk juadah berbuka. Itupun agak terlewat sedikit masaknya. Kami cuma berbuka dengan kurma dan cendol dahulu sementara menantikan asam pedas masak.

Asam pedas ikan merah

Apapun, bersyukur sangat-sangat kerana diberikan kesempatan menikmati Ramadhan kali ini bersama keluarga kecil Eey. Walaupun masih belum berkesempatan berbuka puasa bersama semua adik beradik dan keluarga yang lain.

2 comments:

Hanis MY said... [Reply]

ramadhan kareem... bersyukur jg krn masih diberi peluang untuk ramadhan kali ni..semoga kita semua mendapat keberkatan...

Eey said... [Reply]

@Hanis MY Same to you...
:p