Friday, 6 July 2012

Ayish kurang sihat...

As Salam...

Minggu ni agak kelam kabut sikit. Banyak benda Eey nak kena settlekan. Hurmmm... Agak terkejar sana sini lebih-lebih lagi untuk settlekan hal-hal yang berkaitan dengan rumah. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan olehNya.

Anak-anak pula agak kurang sihat minggu ini. Aiq batuk-batuk, manakala Ayish pula selsema tak baik-baik lagi. Semalam, masa Eey jemput dari rumah babysitter, badan Ayish pula agak panas. Macam nak demam. Mujur Ayish tak banyak ragam.

Pagi ni, check temperature... 38.1 darjah. Owh! Agak panas juga. Nasib ada spare ubat demam di rumah. Kalau tidak, terpaksalah Eey ambil cuti @ MC. Tidur jer Ayish masa bawa ke rumah babysitter pagi ni. Mungkin badan tak selesa agaknya.

Mr F cakap, Ayish demam sebab nak boleh jalan. Tapi Eey rasa sebab gigi geraham dia nak tumbuh. Tapi tak kisahlah apa pun sebab dia. Moga Ayish cepat sembuh, Amin. Besok boleh ikut MamaCik berjimba-jimba di Sunway Lagoon, kalau Ayish dah ok. Heheheee...

Moga Ayish cepat sembuh, Amin. 

Saturday, 30 June 2012

Rubine Warehouse Sale

As Salam...

Hari ini cadangnya nak menjenguk ke Rubine Warehouse Sale. Sedang mencari-cari set hob, hood dan oven. Moga dapatlah apa yang dicari dengan harga yang berpatutan. Amin.


Bagi yang ingin membeli set kelengkapan dapur tu, boleh lah sama-sama berkunjung ke sini. Eey pun tak pasti harganya murah atau mahal sebab belum pernah ke sini lagi sebelum ini. Harapnya harga yang ditawarkan adalah berpatutan.
 

Thursday, 28 June 2012

BBQ : Birthday Ayish

As Salam...

Hari Sabtu yang lepas, Mummy Chu (Ain) telah sukarela menjamu kami semua makan di Kafe D'Manggis Steamboat & BBQ. Ianya sempena Bdae Ayish, juga sempena Mummy Chu baru kerja (kira gaji pertama laa tu).

Kafe D'Manggis Steamboat & BBQ ni terletak di Kuang. Selalunya penuh pada malam minggu, jadi kena buat tempahan awal. Makanannya segar, sedap juga murah. Dihidangkan secara buffet. Jadi, bolehlah "Eat All You Can". Harganya pula sangat-sangat berpatutan, RM 20 untuk dewasa & RM 10 untuk kanak-kanak.

Antara pilihan makanan yang ada

Semua adik-beradik Eey (Abang Iqi+Kak Z, Mama+Udin, juga Ain) sama-sama meramaikan majlis malam itu di samping Ummi & Bak. Cik Nor & En Wan juga Naufal pun ada sama. Cuma En F sahaja tidak dapat bersama-sama kami malam itu kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah, masing-masing kekenyangan dan gembira dapat berkumpul dan makan bersama.

Steamboat & BBQ : 2 in 1

Anak-anak Eey, Ayish dan Aiq juga seronok dapat makan dan main di sana. Ayish terutamanya sangat-sangat teruja dengan makanan. Semua pun dia makan, pantang disuap. Huhuhuhuuu... kekenyangan anak Ibu, ya.

Memandangkan ianya berkonsepkan buffet, maka penuhlah meja-meja kami dengan segala lauk pauk untuk dibakar (BBQ) dan di buat sup (steamboat). Sup yang disediakan adalah jenis tomyam. Antara pilihan makanan yang ada adalah seafood (udang/ sotong/ ikan), froozen food (semua jenis seafoodball), sayuran, nasi goreng, mee (kering & basah), kuey teow, air, aiskrim, jajan dan.... apa lagi ya? Dah lupa pula...
 
Anak-anak

 
Eey amat suka dengan daging black papernya, berbanding seafood. Dagingnya cukup rasa dan lembut. Aiq pula suka makan aiskrim. Dua tiga kali ulang makan aiskrim sahaja. Manakala Ayish, semua pun dia makan asalkan disuap, heheheee...

Alhamdulillah, semua pun enjoy dengan outing kali ini. Terima kasih buat ChuChu (pangilan anak-anak Eey buat Mummy Chu) kerana sudi mengeluarkan belanja. Juga terima kasih untuk hadiah Aiq & Ayish. Moga murah rezeki dan boleh belanja lagi, hahahaaa...