As Salam...
Selama Eey kerja kat Japanese Firm ni, pelbagai jenis snek Eey dah cuba. Ada yang boleh diterima tekak, ada yang tengok pun dah tak berani cuba, ada yang rasa nak makan banyak-banyak dan macam-macam lagi.
Selalunya jika Bos balik kampung (balik Jepun), akan ada laa serba sedikit buah tangan dari sana. Tak pun, kalau ada Bos dari cawangan Jepun yang datang mahupun customer Jepun yang datang. Mesti buah tangannya adalah produk makanan Jepun. Amat jaranglah mereka membawa selain barangan negara mereka. Patriotik, bukan?
Antara snek dari Jepun
Antara semua produk makanan ini, biasanya Bos Eey akan filter dahulu. Bos pun faham apa yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan oleh Muslim. Dia akan baca satu-satu senarai bahan yang digunakan. Jika makanan tersebut tidak boleh dimakan oleh kami, ianya akan dibahagi-bahagikan hanya kepada pekerja bukan Muslim sahaja. Prihatin, bukan? Untung dapat Bos begini. >o<
3 comments:
saya pulak keje ngan tokey korea so bila family day atau apa2 gathering mesti ada biscuit dari korea dia serve hehe
Sedap ke makanan Korea?
Eey tak pernah cuba. Makanan Jepun pun tak semua boleh di terima tekak ni, hahahaaa...
Bgsnya bos wasabi tu tak prnh tgk tp karamel candy tu hanis suka
Terima kasih byk2 kak! :)
Post a Comment