As Salam...
Selalunya hujung-hujung minggu jika ada kelapangan dan cuaca mengizinkan Eey dan En F akan bawa Aiq dan Ayish ke Extreme Park, Shah Alam untuk berjimba-jimba.
Aiq amat gemarkan bola sepak. Layankan je En F dan Aiq menendang bola di sini hingga ke petang. Kadang-kadang Aiq sampai merajuk tak mahu balik sebab seronok sangat bermain bola di sini.
Melayan Aiq bermain bola
Sementara Aiq dan En F bermain bola, Eey dan Ayish melayan mata dengan aktiviti-aktiviti petang belia di Extreme Park ini bersukan.
Gelagat Ayish
Agak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini, antaranya rock climbing (my fav), rollerblading, skateboarding, futsal, flying fox dan lain-lain. Jika anda mempunyai masa terluang serta berminat dengan sukan lasak, berkunjunglah ke sini. Insya'Allah seronok.
0 comments:
Post a Comment