Jumaat, 24 Februari Eey menyertai My Family : Ummi, Bak, Abang Qi, Kak Z, Adik, Udin, Ain juga Cik Yoh & husband ke De Palma Hotel, Shah Alam untuk Food Testing.
Food Testing ini adalah untuk merasa hidangan yang bakal dihidangkan pada majlis resepsi perkahwinan Abang Qi & Kak Z yang akan diadakan pada 11 Mac nanti.
Antara menu asal yang bakal dihidangkan adalah Nasi Putih/ Nasi Bukhari, Sambal Udang, Dalca Kambing, Kerutub Daging, Ayam Percik, Pajeri Nanas & Acar. Manakala pencuci mulut adalah buah-buahan & Puding Karemel beserta Sirap Bandung Selasih sebagai penghilang dahaga.
Namun setelah selesai upacara merasa, menu-menu di atas telah diolah kembali oleh panel hakim yang menyertai kerana ianya tidak memenuhi kehendak pandangan & rasa, hahaa... Oleh itu, menu yang bakal dihidangkan pada majlis resepsi mempunyai sedikit kelainan dari yang dinyatakan...
0 comments:
Post a Comment